"I will kill anyone who touch her"
"Mia." Panggil Hana sambil dia menarik kerusi untuk duduk disebelah kawan baiknya yang sedang makan itu. Mia yang sedang menyuap makanannya itu hanya memberikan isyarat bertanyakan kenapa. Sesungguhnya memang seketul Raihana Aulia ini langsung tidak mahu menyampaikan perkara tersebut kepada kawannya.
"Aku nampak ibu tadi. Rasanya pergi jumpa ayah kau..." perlahan sahaja suaranya semasa menuturkan perkara tersebut. Mia yang sedang menikmati makanan tengah harinya itu terus terkaku. Terlepas pegangannya daripada sudu tersebut.
Dia bangkit dari kedudukkannya dan terus berlari untuk pergi ke bilik yang menempatkan ayahnya itu. Stethoscope yang tergantung pada lehernya itu dipegang bagi memudahkan lariannya. Hana turut berlari bagi mengejar langkah kawannya itu.
Dia berlari ke arah lif. Butang lif tersebut ditekan berkali-kali kerana dia amat tidak menyabar ketika ini. Dia memandang ke arah skrin yang menunjukkan keberadaan lif tersebut. Agak jauh dari tempatnya sekarang dan akan mengambil masa yang agak lama untuk tiba disitu.
Dia terus berlari ke arah tangga kecemasan. Pintu tangga kecemasan tersebut dibuka dengan agak kasar kerana dia didalam kekalutan. Hana yang baru sahaja tiba dia kawasan lif tersebut berhenti seketika untuk mengambil nafasnya seketika.
Mia kalau berlari memang boleh mati dia nak kejar. Selepas beberapa saat dia turut berlari ke tangga kecemasan bagi mengikuti langkah kawannya itu. Mia berlari memanjat anak-anak tangga tersebut. Bilik yang hendak dituju itu berada di tingkat enam dan mereka daripada tingkat satu. Penatnya ditolak tepi hanya semata-mata untuk menghalang ibunya.
Sesampai sahaja mereka ditingkat enam, Mia terus menolak kasar pintu tersebut dan terus berlari ke arah bilik Encik Malik. Kesemua kakitangan yang berada di situ melihat ke arah dua gadis yang sedang berlari itu.
Bilik Encik Malik berada berdekatan dengan kaunter jururawat. Kebetulan pula Ziyad turut berada disitu dan dia melihat Mia dan Hana berlari melintasinya.
Sebaik sahaja dia sampai di bilik itu, pintu terus dibuka.
"Ibu." Panggilnya selepas membuka pintu bilik tersebut. Semua yang berada disitu terus memandang ke arah kedua gadis itu. Kelihatan, Puan Ainul dan Dr. Farhan sudah berada di dalam. Dia sudah terlambat. Dia menghela nafas berat dan meminta Hana supaya menutup semula pintu bilik itu.
Dia hanya memberi isyarat kepada Dr. Farhan supaya memulakan perbicaraannya. Sehelai kertas diberikan kepada Dr. Farhan daripada doktor pelatihnya. Matanya membaca maklumat yang terkandung di dalam kertas tersebut.
"Okay. We got the lab results." Kata Dr. Farhan. Dia menghentikan ayatnya untuk membaca segala butiran yang tertulis di dalam kertas itu. Maya dan Puan Salina, iaitu ibunya memandang ke arah Dr. Farhan dengan penuh harapan. Dr. Farhan menarik nafas dalam dan mengangkat mukanya.
"I'm sorry. Maya, you're not a match." Kata Dr. Farhan. Maya terus terduduk di sebelah katil ayah tirinya itu sambil mengenggam tangan lelaki itu. Dia sudah menganggap lelaki itu ayah kandungnya sendiri. Encik Malik mengusap kepala Maya bagi memujuknya.
Mia yang terlihat perkara itu terus menundukkan kepalanya memandang ke arah lantai. Sekali pun dia tidak pernah merasakan usapan sebegitu daripada lelaki itu. Malah, setiap sentuhan daripada lelaki itu bakal menyakiti tubuhnya.
"Saya nak derma." Serentak Puan Ainul, ibu kepada Mia dan Puan Salina, ibu kepada Maya menawarkan diri mereka sebagai penderma. Serta-merta kepala Mia diangkat memandang Puan Ainul.
"Ibu!"
"Ina." Serentak juga Encik Malik dan Mia memanggil kedua-dua wanita itu. Malah makin tinggi rasa kecewa gadis itu kepada ayahnya apabila lelaki itu hanya memanggil Puan Salina sedangkan ibunya turut menawarkan dirinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/278420014-288-k685404.jpg)
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...