"I will kill anyone who touch her"
"Sorry that I took your time." Kata Mia selepas dia melangkah masuk ke dalam bilik itu bersama suaminya. Adam meminta isterinya duduk pada sofa bersebelahan dengan ibunya yang berada di dalam bilik itu. Adam pula hanya duduk di atas tempat meletak tangan sofa itu.
Dr. Farhan hanya membalas dengan anggukan dan senyuman. Dia meminta doktor pelatihnya untuk menyampaikan berita tersebut bagi memberi peluang kepada doktor pelatih itu untuk belajar.
"I'm so sorry. Both of you're also not a match." Kata doktor pelatih itu. Maya sekali lagi menghamburkan tangisannya di tepi katil ayah tirinya itu. Dia boleh dikatakan agak rapat dengan lelaki itu sejak kecil lagi. Adam mengusap perlahan tepi kepala isterinya sebelum dia mencium sekilas kepala gadis itu.
"Boleh saya tahu, ada lagi tak ahli keluarga lain yang boleh jadi penderma?" tanya doktor pelatih itu. Terus keadaan bilik itu menjadi senyap sunyi. Mia terus menunduk ke lantai. Satu-satunya ahli keluarga yang tinggal ialah... Aisya Mia sendiri. Adam merangkul tangan isterinya itu.
"You're on top of the transplant list. I'll try my best to find the new liver." Kata Dr. Farhan bagi mengcover semula soalan yang agak sensitif daripada doktor pelatih tadi. Dia tahu sedikit sebanyak masalah keluarga tersebut melalui beberapa perkara yang berlaku tadi. Dr. Farhan menjeling sekilas wajah doktor pelatih itu. Terus doktor pelatih itu menunduk.
"Thank you, Dr. Farhan." Kata Maya. Dr. Farhan mengangguk dan berjalan keluar dari bilik itu bersama doktor pelatih itu. Adam bangkit dan berjalan mendekati Puan Ainul yang berada di sebelah isterinya.
"Ibu." Adam menyapa ibu mentuanya dan kemudiannya dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan wanita itu. Puan Ainul menyambut huluran tangan menantunya itu.
"Ibu sihat?" tanya Adam kepada wanita itu. Puan Ainul hanya membalas dengan anggukan serta senyuman manis kepada satu-satunya menantunya itu. Mia tersenyum tipis melihat suaminya yang pandai mengambil hati ibunya itu.
"Ad minta maaf kalau Aisya ada marah ibu ke tadi. Dia tak sengaja." Kata Adam bagi meminta maaf untuk pihak isterinya itu. Dia tahu, pasti isterinya secara tidak sengaja tertinggikan suaranya sewaktu sedang marah tadi. Puan Ainul hanya tersenyum sambil memandang Mia sekilas. Dia faham akan perasaan anak perempuannya itu.
Tiba-tiba telefon pintar milik Adam berbunyi minta diangkat. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluarnyanya. Dia melihat nama si pemanggil, pembantu peribadinya. Adam mengangkat mukanya memandang Puan Ainul.
"Ad angkat call kejap." Kata Adam kepada ibu mentuanya bagi meminta diri. Puan Ainul hanya mengangguk. Mia memberikan senyuman manis pada suaminya apabila mata mereka bertembung seketika. Lelaki itu membalas senyuman isterinya dan tangannya naik mengusap kepala isterinya sekilas sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu.
Terus keadaan di dalam bilik itu menjadi senyap sunyi. Tiada perkara yang hendak dibualkan. Puan Salina memandang suaminya sebelum matanya beralih kepada anak kandung lelaki itu. Encik Malik turut memandang ke arah anak gadisnya itu dengan senyuman.
Puan Ainul perasan akan situasi tersebut. Tangan anak gadisnya itu dirangkul lembut secara tiba-tiba. Mia sedikit tersentak apabila Puan Ainul memegang tangannya.
"Mia tak nak jadi---"
"I can't be here... Sorry, ibu. Mia nak tengok suami Mia." Mia memintas ayat wanita itu. Bukan niatnya hendak biadap malah jauh sekali. Dia tahu, pasti ibunya hendak bertanya sekiranya dia hendak menjadi penderma kepada ayahnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/278420014-288-k685404.jpg)
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥
Romance[Book 1] ❝Marry me, hmm?❞ - lelaki yang setia menjaga dan melindunginya ADAM MIKAEL - Pendiam? Selalu. Dingin? Semestinya. Kejam? To the one who dare to mess with him. Berjaya mengambil alih perniagaan keluarga diusia muda. Menempah nama di persada...