31 | A I S Y A M I K A E L

11.2K 551 91
                                    

"I will kill anyone who touch her"

"Sayang buat apa dekat luar ni malam-malam?" tersentak Mia daripada lamunannya apabila Adam datang memeluknya dari belakang. Lengannya memeluk erat pinggang ramping isterinya itu. Dagunya diletakkan di atas bahu Mia.

"Saje nak ambil angin." Jawab Mia. Dia sedang berdiri di balkoni bilik itu yang menghadap ke arah laut itu. Saja dia ingin mengambil angin pada waktu malam itu.

"Thank you, awak. For everything." Mia berkata. Matanya dipejamkan. Dia amat bersyukur kerana tuhan menghadirkan Adam dalam hidupnya. Lelaki yang sentiasa melayannya dengan baik dan selayaknya. Adam mengangkat kepalanya dan memandang wajah Mia dari tepi.

"Berapa kali sayang nak say thank you ni?" tanya Adam kembali. Entah sudah kali ke berapa Mia mengucapkan terima kasih kepadanya. Mia memalingkan wajahnya menghadap Adam.

"Sebanyak yang mungkin. Awak dah buat macam-macam untuk saya." Jawab Mia. Baru masuk malam kedua mereka sah bergelar suami isteri, sudah pelbagai kejutan yang dia terima dari lelaki itu.

"Baru masuk hari kedua kita kahwin. Readers pun dah menggelupur." Sambung Mia. Ahakss. Adam memalingkan wajahnya memandang kehadapan. Menghadap laut. Biar angin malam menampar wajah mereka.

"I'll do everything for you." Balas Adam. Mia terus tersenyum. Untung kita dapat suami macam ni. Yang tak de tu, nanti ada lah rezeki ye. Mia terus memalingkan mukanya menghadap laut juga.

"So sweet lah suami kita ni." Mia berkata. Kemudian, kepalanya disandarkan dengan kepala Adam. Selepas beberapa minit, Adam mengajaknya masuk ke dalam kerana sudah lewat malam dan diluar itu sejuk.

"Awak. Saya nak tanya sikit boleh?" Mia bertanya. Adam menyuruhnya berbaring di atas pehanya. Adam bermain dengan rambut panjang gadis itu.

"Tanya lah banyak mana pun, sayang." Balas Adam. Kepala isterinya diusap lembut. Telefonnya dicapai dan emailnya diperiksa. Sebelah tangannya memegang telefon sebelah lagi mengusap kepala isterinya.

"Tadi kan, ada seorang perempuan datang dekat saya." Mia memulakan ceritanya. Dia baru teringatkan gadis yang datang sebentar tadi dan dia hendak bertanyakan kepada suaminya sekiranya Adam mengenali gadis itu.

"Lepas tu?" tanya Adam kembali apabila Mia berhenti bercerita. Matanya masih fokus membaca email sambil telinganya pula mendengar cerita isterinya itu.

"Dia say congratulations dekat kita. Tapi saya tak kenal dia. Saya tanya lah nama dia." Sambung Mia. Dia mendonggakkan kepalanya ke atas untuk memandang wajah Adam. Dia melihat Adam seperti tidak berminat dengan ceritanya. Jadi dia berhenti bercerita.

"Then?" Tanya Adam lagi. Telefon pintarnya di letakkan ke tepi apabila melihat Mia yang seperti terasa dengan tindakannya. Kini, tumpuannya diberikan seratus peratus pada isterinya.

"Tak sempat dia nak cakap sampai habis, Kayla terus tarik dia keluar. Tapi saya rasa nama dia...." Mia menghentikan ayatnya untuk mengingati semula nama gadis yang dijumpainya tadi. Adam mengangkat keningnya sambil menunggu Mia menyambung ceritanya.

"Oh, I'm Alisy--"

"Alisya. Awak kenal ke?" Zap! Adam terus terdiam apabila Mia menyebut nama 'Alisha'. Manusia yang paling dibenci olehnya sejak 5 tahun lepas. Disangkakan sudah tiada namun, tiba-tiba isterinya menyebut nama gadis itu.

"Awak." Panggil Mia kembali apabila lama Adam mendiamkan diri. Lengan lelaki itu digoyangkan sedikit. Adam terus tersentak dari lamunannya.

"Ye, sayang. Sayang tanya apa tadi?" Soal Adam. Tumpuannya terus hilang disaat nama Alisha menghentam sistem pendengarannya. Wajahnya dimaniskan dan tangannya naik mengusap kepala Mia.

𝐇𝐢𝐚𝐭𝐮𝐬 | 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥Where stories live. Discover now