❪ 00︰41 ❫

190 15 0
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Rumah Jungkook⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Rumah Jungkook
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Selamat membaca! 🐝~

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

Pemandu kereta menarik brek tangan setelah mereka tiba di destinasi. Senyuman di wajahnya jelas bahawa sesuatu yang menggembirakan bakal berlaku.

Haneul, orang yang diajak untuk menemani si pemandu iaitu Jungkook keluar, menjengukkan kepalanya untuk melihat di mana mereka berada.

Dengan kerutan di dahi tanda kehairanan, dia mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook yang tersenyum melihat telatahnya.

" Kenapa kita datang sini? Awak nak bawa saya lari pergi mana ni, huh? " Si gadis bertanya dengan wajah bingung.

Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kereta dan ke arah Jungkook berselang-seli. Dia memikirkan Jungkook ingin membawanya pergi tengok wayang ke, pergi makan ke, pergi date— eh eh, tapi tidak terlintas pula di fikirannya bahawa mereka akan datang ke lapangan terbang.

" Kenapa? Awak nak lari dengan saya? Kalau awak nak, sekarang jugak saya boleh bawa awak lari ke luar negara. " Dengan senyuman nakal yang terpalit di bibir, Jungkook menjongketkan keningnya, ingin mengusik Haneul.

" Mwoya! " Dada lelaki itu ditampar.

" Kalau nak bawa lari pun, maaf ye, saya tak bawak passport. " Senyuman kemenangan tersemat di wajah si gadis.

Si doktor berdecit dengan kelakuan itu. Gadis ini langsung tidak takut ataupun panik dengan usikannya.

Dia perlu lebih teliti jika mahu mengusik Haneul yang pandai menepis usikannya.

Tali pinggang keledar dilepaskan daripada melilit tubuhnya pada kerusi. Jam tangan yang terikat di pergelangan kiri dibaca dengan teliti.

" Hmm. Kejap lagi mendaratlah tu pesawat dia. " Omel Jungkook.

" Huh? Siapa yang naik kapal terbang? " Haneul bertanya dengan bingung.

Tidak pula dia tahu jika terdapat sesiapa yang baru pulang dari luar negara. Mungkinkah itu orang yang Jungkook kenali namun tidak baginya?

" Kejap lagi awak tahulah. Dah, jom turun kereta. Kita tunggu dia dekat balai ketibaan. " Enjin kereta dipulas dengan sekali pusingan kunci.

Haneul melepaskan tali pinggang keledarnya. Pintu kereta dibuka dengan teragak-agak setelah melihat doktor itu terlebih dahulu melanglah keluar dari kereta.

Terlalu banyak perkara yang ingin dia tanyakan tentang orang yang bakal disambut mereka ini namun Haneul berbuat keputusan untuk mendiamkan dirinya sahaja dan melihat sendiri siapa yang mereka akan sambut di balai ketibaan nanti.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang