Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ perasaan. ❞
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Assalammualaikum dan hai! Hope korang berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan ❤
Wah! Tak sangka dah 29K dan soon akan masuk 30K. 😭 terima kasih guys sebab dah sokong fanfic yang tak seberapa ni 😭❤
Btw, enjoy your reading! ☄
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Pantulan cahaya matahari yang memancar masuk menerusi langsir balkoni bilik Haneul yang nipis, telahpun berjaya mengejutkan gadis yang sedang nyenyak tidur itu.
Mata cuba dibuka, melawan cahaya panas yang memasuki biliknya dan mengena katilnya yang kebetulan terletak berhampiran balkoni.
Matahari itu bagai memaksa - maksanya bangun dari tidurnya, menyuruhnya memulakan harinya. Walhal Haneul tidur lewat semalaman kerana membuat marathon melayan drama sehinggalah ke 3 pagi tadi.
Telefon yang berada di bawah bantal, dicapainya. Butang hidup ditekan dan terpapar skrin kunci di skrin telefon itu.
Jam sudahpun menunjukkan pukul 11 pagi. Matanya turun memandang pesanan yang masuk.
Kesemua pesanan itu ialah dari Jaehyun. Haneul bingkas bangun dari baringannya apabila teringat akan temu janjinya dan Jaehyun.
Haneul menekan suis charger lalu menyambungkan kepada telefonnya. Semalam dia tidak sempat mengecas namun mujurlah bateri masih banyak.
Gadis itu bangun dari katilnya dan berlari ke arah bilik usai mencapai tualanya yang disangkutkan pada penyangkut.
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.