⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Unknown Number
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Assalammualaikum dan hai! Firstly thanks for 6K votes and road to 50K reads! 😊
Yayan akan drop double update, hope enjoy! 😍
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Masa berlalu dengan sangat pantas sehinggakan pasangan itu langsung tidak sedar yang mereka sudahpun keluar sehingga malam.
Masa yang diluangkan terasa seperti sekejap sahaja berlalu walaupun langit sudah lama bertukar gelap.
Jaehyun berjalan beriringan dengan Haneul, menemani gadis itu ke kereta miliknya. Sudah tiba masanya untuk mereka mengakhiri perjumpaan pada hari itu dan beransur pulang.
Walaupun berat hati untuk melangkah pulang kerana masih belum puas mengisi masa bersama setelah sekian lama tidak berhubung. Namun mereka terpaksa juga berhenti seketika.
" Lepas ni, kalau awak sibuk macam mana sekalipun, carilah masa untuk bagitahu saya. Saya takkan ganggu awak buat kerja sampailah awak sendiri telefon saya cakap awak dah selesai. " Haneup sempat berpesan kepada lelaki itu.
Bimbang perkara yang sama akan terjadi. Ya, mungkin tiada apa - apa yang terjadi pada waktu itu namun hatinya tetap berasa gusar jika langsung tidak tahu apa yang berlaku.
Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangannya lalu menekan butang pada alat kawalan jauh pada kunci itu, sebaik sampai di hadapan keretanya.
" Arasseo. Saya akan bagitahu awak mulai sekarang. Saya janji saya takkan buat awak risau lagi. " Jaehyun tersenyum manis. Lesung pipitnya menjadi menyeri wajah kacaknya itu.
Geli hatinya melihat teman wanitanya yang kini sedang mencerlung tajam ke arahnya.
Jari diangkat sebelum menunding di hadapan wajah tampan itu. " Awak dah janji ya, Jung Yoonoh. "
" Arasseo. Arasseo. "
Tangan Haneul itu dipegangnya lalu dikucupnya belakang tapak tangan gadis itu.
" Dahlah! Saya nak balik. " Haneul cuba untuk menarik tangannya dari pegangan Jaehyun namun gagal.
" Apa awak nak? "
" Panggil nama saya. " Dia tersengih dengan permintaanya sendiri.
" Hmm? Jaehyun? " Dahi Haneul berkerut, bingung.
" Bukan yang tuuu.. " Sudut bibirnya terangkat melihat rengekan lelaki itu.
" Jung Yoonoh? " Lelaki itu mengangguk namun masih belum tersenyum.
" Panggil dengan nada comel. " Haneul mulai membuat muka.
" Jung Yoonoh. " Sebaliknya Haneul menggunakan suara mendatar.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩
Fanfiction[ current status ; on-going! ] Jeon Jungkook ft. Park Haneul Mereka ditemukan semula kerana takdir yang menentukan, menentukan untuk mereka terus hidup bersama. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ー' no copycat zone! ❀ ©...