Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ keluarga jaehyun ❞
Angel Heart┃KNK
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Assalammualaikum dan hai! Selamat kembali ke new update! ❤
Terima kasih untuk yang masih setia membaca fanfic ni. Aku sangat - sangat hargai kehadiran korang 🙏
Fanfic ni dah macam bukan fanfic Jungkook, bukan? 😂 ha ye aku tahu tu. Tapi sabarlah, cast lain pun nak menyerlah 👅💕
Selamat membaca! 💕
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Setelah memastikan kereta diparking elok, Jaehyun mematikan enjin kereta miliknya. Tali pinggang keledar dibuka dari terus melilit tubuh mereka.
" Jom kita turun. " Ujar Jaehyun sambil membuka pintu kereta. Lelaki kacak itu melangkah keluar dari kereta sambil diikuti dengan Haneul.
Pintu kereta ditutup, Haneul membetulkan pakaiannya. Dia mahu berjumpa dengan keluarga Jaehyun, bukan? Jadi seharusnyalah dia berpakaian kemas.
Jaehyun tersenyum melihat Haneul yang sibuk menilik kekemasan dirinya melalui cermin tingkap kereta hitam miliknya.
" Awak dah cantik dah. Eomma saya pasti suka. " Panggilan eomma itu merujuk kepada ibu saudara Jaehyun yang menjaganya sejak kecil.
Ibu bapanya pula sudah lama meninggal dunia pada usianya yang ke 11 tahun lagi.
Jadi, ibu saudaranya yang merupakan adik kepada ibunya itulah yang mengambilnya dan menjaganya seperti anak sendiri.
" Ada - ada jelah awak ni. " Nafi Haneul sambil berjalan menghampiri Jaehyun.
Mereka berdua berjalan melangkah ke arah pintu gelangsar automatik hospital milik keluarganya.
Jaehyun juga sudah tahu akan latar belakang keluarganya kerana dia dan abangnya ada menceritakan kepada lelaki itu semasa di sana.
" Awak cakap, ibu saudara awak nilah yang dah jaga awak sejak kecil? " Haneul membuka mulut semasa dalam perjalanan ke arah lif.
" Ya. Sejak saya di gred 2, appa saya meninggal sebab kanser dan eomma saya meninggal masa saya di gred 4. Eomma saya meninggal sebab usia dia tak panjang. " Terang Jaehyun sambil tersenyum nipis.
" Kalau eomma dan appa awak masih hidup, mesti diorang bangga dengan anak diorang yang sekarang ni. Membesar dengan baik dan tengoklah awak yang sekarang, dah jadi lelaki yang kacak. " Senyuman Jaehyun melebar mendengar pujian melambung yang dia terima.
" Dan, lesung pipit kepunyaan awak nilah yang saya selalu sangat geram. Comel sangat! " Pipi Jaehyun kini sudah berada di tangan Haneul, memicit - micit pipi Jaehyun.