❪ 00︰28 ❫

534 52 28
                                        

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Assalammualaikum dan hai! ❤
Selamat menyambut hari merdeka yang ke 63! Semoga Malaysia akan sentiasa aman dan damai dan insyaallah, isu COVID-19 ni dapat kita cegah sama - sama! ❤🇲🇾
#MalaysiaPrihatin

Selamat membaca! 💕

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Setelah hampir dua ke tiga jam berada di atas jalan raya, rombong pihak hospital yang menyertai kempen itu akhirnya tiba di sebuah kampung pedalaman.

Sebuah bas, sebuah van dan beberapa kereta yang dinaiki secara berasingan berhenti di sebuah tanah lapang. Kehadiran kenderaan mereka sahaja sudahpun menarik perhatian kanak - kanak dan ada juga orang dewasa yang mengerumuni kenderaan mereka.

" Oppa. Oppa cakap kita pergi rumah anak - anak yatim. " Haneul memandang ke arah abangnya yang berada di sisinya sebelum dia kalihkan semula pandangan itu ke luar tingkap bas.

" Memanglah. Rumah anak yatim tu ditubuhkan dekat kawasan pedalaman ni. Disebabkan kampung diorang ni ada dekat pedalaman, jarang orang bandar tahu dan datang sini. Sebab tulah, bila appa tahu lokasi tempat ni, dia terus tetapkan sebagai lokasi pilihan untuk kempen rawatan secara percuma ni. " Terang Jimin dengan panjang lebar.

Tangannya ligat mengutip bungkusan - bungkusan makanan yang kosong yang dimakannya dan adiknya sepanjang perjalanan itu, lalu dimasukkan ke dalam bas.

" Setiap tahun, appa adakan dua kali pemeriksaan kesihatan dekat sini. " Tambahnya lagi.

" Dah tu, selalu jugak ke oppa dengan yang lain bermalam dekat sini? Kenapa Han tak tahu? " Soalnya dengan nada pelik.

" Dah dulu Han kerap tidur dekat rumah Sera sampai dua tiga malam, mananya Han nak perasan. " Haneul tersengih.

Apabila abangnya itu menyebut tentang rakan - rakannya, terasa rindu pula ingin meluangkan banyak masa dengan mereka seperti dulu. Namun susah untuk menjadi seperti dulu semula kerana kesibukan masing - masing. Hanya mampu berinteraksi di dalam telefon sahaja.

" Ni kali pertama ke kedua? " " Kedualah, sayang oi. Haritu kita balik pun dah akhir penggal pertama. Sekarang ni dah bulan berapa dah. "

Haneul menganggukan sahaja. Beg galasnya digalaskan ke kedua - dua bahunya. Haneul masih belum pernah rasa hidup susah dan hidup di kawasan perkampungan, jadi dia berasa teruja kerana mereka akan bermalam di sini untuk beberapa malam.

" Woi! Yang tidur tu bangunlah! " Seokjin memekik mengejutkan rakan sekerjanya yang masih lagi lena dibuai mimpi.

Tidur secara duduk pun, lena betul diorang ni tidur. Aneh sungguh! Seokjin menggeleng - gelengkan kepalanya.

" Nak bawak barang turun terus ke? " Salah seorang doktor bertanya.

Yoongi memandang ke arah wanita itu lalu mengangguk. " Bawa jelah. Nak ulang - alik ke bas nanti memenatkan. "

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang