❪ 00︰01 ❫

3.1K 345 79
                                        

❝ teman oppa

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

❝ teman oppa. ❞

serendipity┃bts jimin.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Assalammualaikum dan hai! ❤ pasal edit tu sebenarnya aku cuma tambah dan buang ayat - ayat aku yang tak sesuai je. ⛅

Enjoy Your Reading! ⛅

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Bebelan dari eommanya langsung tidak menjadi penghalang atau pembangun dirinya dari tidur. Bahkan matahari yang memancarkan cahaya yang terang juga tidak menjadi beban buatnya.

Asalkan dia dapat tidur tanpa perlu kisah tentang sesiapa dan apa pun. Tengahari? Baginya itu malam, petang? Baginya itu pagi manakala malam? Baginya itu ialah petang di mana dia boleh melakukan apa - apa yang dia mahu termasuklah keluar bersama rakan - rakannya.

Dia baru saja bebas dari neraka dunia yang bernama sekolah, jadi sekarang dia sudah boleh melakukan apa - apa saja. Mahu kerja? Tentulah tidak. Dia tidak perlu kerja pun kerana keluarganya boleh dikatakan keluarga yang senang dan oppanya masih boleh menanggung hidupnya jika appa dan eommanya menyekat pembelanjaannya.

Tidak lama itu, pintu bilik terbuka perlahan dan derapan tapak kaki seseorang memasuki ruangan biliknya.

Haneul masih belum memusingkan badannya yang membelakangi pintu biliknya. Malah dia menarik selimut tebalnya bagi menutupi keseluruhan tubuhnya.

" Haneul. Bangunlah. Eomma dah bebel dah tu. " Oppanya, Park Jimin mula menyuruhnya bangun.

" Alah... Nanti - nantilah, oppa. Awal lagilah. " Rungutnya dengan suara seraknya.

" Awal? Dah pukul 1 petang dah, Park Haneul. Awal? Han gila ke apa ni? " Dapat dia bayangkan bahawa oppanya sedang terbeliak memandangnya.

" Oppa yang gila. Dah, Doktor Park yang gila, pergilah keluar. Jangan ganggu adik doktor yang lawa ni nak beradu. " Halaunya sambil menguis - nguiskan tangannya.

" Jom, bangun. Makan tengahari dengan oppa. Oppa nak pergi kerja dah ni. Banyak pesakit yang oppa nak kena jaga. " Jimin berjalan ke arah sisi katil yang menghadap ke arah sliding door bilik adiknya.

Tangan Haneul ditarik keluar dari selimutnya. Dipaksanya adiknya bangun.

" Malaslah, oppa. " Gadis yang dipaksa duduk itu menggaru rambutnya yang kusut masai.

" Eomma dan appa dah keluar pergi hospital. Oppa pun nak ikut diorang kejap lagi. Nanti Han bangun, takda siapa - siapa pula dekat rumah ni. " Terus Haneul membuka mata.

Maknanya... Dia kena duduk sorang diri bila oppa pergi kerja nanti? Like seriously?

" Dah tu, Han kena duduk rumah sorang - sorang sampai esok?! " Soalnya, tidak percaya.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang