❪ 00︰17 ❫

1.4K 207 18
                                    

❝ luar negara ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ luar negara ❞

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Assalammualaikum dan hai! ⛅ welcome back! ❤

Im trying my best untuk habis edit cerita ni 😭 so please wait 🙏 by the way, abaikan typo yang ada 😊

🌹Enjoy the new storyline!🌹

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

" Han, bangun. " Tubuh kecil milik Haneul ditepuk Tuan Park, ingin mengejutkan anak gadisnya yang masih tidur.

" Hmm? " Sahut Haneul yang masih tidur.

Lengan milik appanya yang sedang menepuk lengannya dipeluk erat membuatkan lelaki lewat 40-an itu hampir hilang imbangan.

" Haneul sayang, bangun jom. " Masih tidak mengalah dalam mengejut gadis itu bangun.

" Han mengantuklah, appa. " Rungutnya. Tidak suka tidurnya diganggu.

" Appa tahu, tapi eomma kamu tu dah bebel dekat bawah tu. Dia nak Han bangun sarapan. " Gadis yang membelakangi appanya itu segera beralih menghadap appanya apabila eommanya disebut.

Mata cuba dicelikkan namun kembali ditutup dek kerana kornea matanya masih belum dapat menerima cahaya.
Beberapa minit kemudian, Haneul kembali membuka matanya dan melihat appanya masih di situ, menunggunya bangun.

Tangan dihulurkan minta ditarik bangun. Berjaya sahaja berdiri, Haneul memeluk tubuh appanya dan menyandarkan kepalanya di bahu lelaki itu.

Tuan Park ketawa kecil lalu menggelengkan kepalanya melihat telatah anak bongsunya itu. Terlalu manja.

Di dalam rumah itu, hanya dia dan Jimin sahaja yang memanjakan Haneul manakala isterinya pula begitu tegas dan garang dengan anak - anaknya.

Dia faham bahawa isterinya mahu cuba sedaya upaya menghabiskan masa terluang mereka dengan anak - anak memandangkan mereka sekeluarga jarang bersama.

" Han taknak cuci muka? " Gelengan menjadi jawapannya.

" Malaslah. Nanti dekat singki baru Han cuci. " Balasnya. Pinggang milik Tuan Park masih tidak dilepasnya.

Dua anak beranak itu turun ke bawah lalu melangkah ke ruang makan. Puan Park masih menghidangkan sarapan sambil dibantu Jimin yang sedang menyusun pinggan di atas meja.

Pelukan dilepaskan, Haneul segera ke singki untuk berkumur dan mencuci mukanya dengan air kemudiannya dia menyertai ahli keluarganya di meja makan.

" Dah, jomlah makan. " Tuan Park memotong Puan Park yang ingin membuka mulut untuk memarahi anak gadisnya.

Wajah suaminya dipandang tajam, ada - ada saja dia nak cari cara untuk diamkan si isteri.

Keluhan dilepaskan dan wanita itu turut memakan hidangan sarapannya.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now