❪ 00︰34 ❫

461 57 16
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Morning Sickness⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Morning Sickness
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai! 👀

Yayan update sebab ramai yang minta update sebab nak tahu apa jadi 😂 bukan dekat wattpad je, dekat whatsapp pun ada yang pm tanya 😍

Alhamdulillah, korang buat yayan sedar yang masih ada yang menanti update dari fanfic ni 😊😍

Selamat membaca! 💕

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Penyambut pelanggan membukakan pintu untuk Haneul sebaik melihat dia menghampiri restoran itu. Harini dia dan Jaehyun akan berjumpa semula setelah berminggu - minggu tidak berjumpa. 

Mata Haneul ligat memerhati sekeliling restoran yang dikunjungi oleh ramai pelanggan dan berbagai jenis pelanggan. Namun dalam reramai yang ada di situ, matanya tekun mencari seseorang yang dirindunya. Jaehyun.

Senyuman perlahan - lahan terukir apabila matanya akhirnya menjumpai orang yang ingin dicari. Lelaki itu memilih tempat di tepi dinding kaca restorang yang menunjukkan suasan di tepi bandar. Teman lelakinya terlalu ralit termenung sehingga tidak sedar yang dia sudah melabuhkan punggung di kerusi bertentangan.

 " Jaehyun-ah? " Haneul memegang lengan teman lelakinya yang digunakan untuk menompang dagu. 

" E-eo! Bila awak sampai? " Soal Jaehyun dengan terkejut apabila gadis yang dirinduinya itu sedang tersenyum manis di hadapan matanya. Terasa bagaikan mimpi.

" Baru saja duduk. Awak tengok apa tu? Kusyuk semacam je. " Haneul turut melemparkan pandangannya ke luar dinding kaca tebal, cuba meneka apa yang sedang diperhatikan Jaehyun sehingga langsung tidak sedar teman wanitanya yang cantik sedang berada di hadapannya. (EH! EH!)

" Saja, cuma cuba untuk hilangkan bosan masa tunggu awak sampai. " Haneul mengangguk faham. 

" Awak sihat? " Jaehyun cuba untuk memulakan perbualan. Ya, dia mengaku yang perbualan mereka tidak sehebat dahulu. 

" Saya sihat je. Awak pula? Ada skip makan tak setiap hari? Yelah, awakkan sibuk dengan U, terlangkau pula nak waktu makan. " Walaupun kata - kata itu tidak ditujukan sebagai satu ungkapan sinis, namun hati Jaehyun terasa bagaikan dipanah.

 Dia sendiri yang membohongi gadis itu dengan mengatakan yang dia mempunyai banyak urusan di universiti sehingga tidak mempunyai masa untuk berhubung dengan gadis itu walhal hakikatnya hanya dirinya sahaja tahu pada ketika itu tentang ke mana dia telah menghilangkan diri.

Jaehyun mengukirkan senyuman nipis. " Ya, saya sibuk dengan kerja dekat U. " Liur yang terasa berpasir, ditelan kelat.

" Eh! Awak, tak pesan air lagi ke? " Haneul bertanya setelah menyedari yang langsung tiada sebekas air pun di atas meja mereka.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now