⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Perwarisan Harta
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Assalammualaikum dan hai. Yayan harap semua enjoy double update yang tak seberapa ni 💕
Sebarang typo atau pembelitan ayat yang menyebabkan ketidakfahaman, mohon maafkan yayan 🙏🏻
Road to 7K!!! 💖💖💖💖💖
Selamat membaca! 💃🏻✨
❀ ❀ ❀ ❀ ❀
" Jah! " Keluhan lega kekenyangan Jimin menarik perhatian Haneul dan Jungkook yang masih dalam acara makan mereka.
Gelas air yang telahpun kosong masih berada dalam genggamannya walaupun sudah diletakkan di atas meja.
" Oppa nak naik kejap.. Nak mandi. " Maklum Jimin.
" Mandi? Bukan oppa dah mandi ke pagi tadi? " Haneul bertanya dengan kerutan di dahi.
" Oppa panaslah, sayang oi. Lagipun oppa ni bukannya macam Han. Oppa mandi tiga kali sehari, Han mandi sehari sekali je. " Sebaik berkata sebegitu, si abang meluru ke singki bersama pinggan dan cawannya.
Tidak mahu dicarut oleh si adik setelah memalukannya entah buat kali ke berapa di hadapan Jungkook hari ini.
" Aish, i-saekki..... " Carutan Haneul keluar bersama dengan keluhan.
" Hyung tinggal pinggan dengan cawan ni dalam singki, Kook, kau jangan lupa basuh. Dalam dunia ni takda yang free, bayarlah dengan basuh pinggan hyung ni. " Jimin berceloteh lagi.
Renungan tajam si adik cuba untuk tidak dihiraukan. Mampu berlumuran darahnya di dapur akibat ditikam dengan renungan tajam Haneul.
" Han yang masak eh, jangan melebih sangat nak menyuruh Kook basuh pinggan. Melampau oppa ni. "
Jimin tersenyum nakal. " Eh eh, main backup-backup pula. Han couple dengan Kook eh? Haa.. Oppa nak pesan ni, jangan buat benda merapu-rapu eh masa oppa dekat atas. Oppa taknak masa oppa turun nanti datang orang dari jabatan agama ketuk pintu, nak tangkap basah korang. "
Jimin melarikan diri naik ke tingkat atas sebelum sempat garpu yang dipegang Haneul mendarat pada mana-mana bahagian tubuhnya. Garpu itu akhirnya mendarat pada salah satu anak tangga rumah setelah tidak berjaya mengena sasaran.
Pandangan Haneul kembali beralih pada Jungkook yang duduk di hadapannya. Mata lelaki itu terbuntang namun bibirnya masih mengukirkan senyuman lebar tanda kagum akan pergerakan pantas Haneul membaling utensilnya.
" Mianhae. Oppa kalau bab nak kenakan orang memang no 1. Saya pun tak faham macam mana awak boleh tahan berkawan dengan dia. " Matanya menjeling ke arah tangga.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩
Fanfiction[ current status ; on-going! ] Jeon Jungkook ft. Park Haneul Mereka ditemukan semula kerana takdir yang menentukan, menentukan untuk mereka terus hidup bersama. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ー' no copycat zone! ❀ ©...