Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ cemburu atau marah? ❞
jealousy┃monsta x
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan ⛅
Yayan nak cakap yang Yayan akan mula edit untuk chapter ni. Tapi bukan keseluruhan jalan cerita untuk chapter ni ditukar. Bermula dengan chapter seterusnya barulah jalan cerita ditukar sepenuhnya 🌸
Dan lagi satu Yayan nak cakap yang tahun ni Yayan akan PT3, jadi Yayan tak sure Yayan boleh update selalu atau tidak but Yayan akan cuba ❤
❝ please enjoy your reading ❀ ❞
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
❝ park haneul ❞
Siling wadku, aku renung dalam jangka masa yang lama. Rasa bosan menghurung diriku yang tidak dapat berbuat apa - apa.
Mahu keluar? Heh! Jungkook dah minta semua jururawat untuk halang aku dari keluar dan memaksaku duduk di wad sahaja.
Maka pada akhirnya, terpaksalah aku duduk di dalam wad ini dan secara perlahan - lahan, aku mati kebosanan.
Tak pernah dengar orang mati sebab bosan? Takpe, biar aku yang jadi orang pertama tu.
Keluhan berat aku hembus kasar. Rasa mahu memberontak pada lelaki itu tapi dalam masa yang sama, aku takut jika dia mengamuk.
Bila sedang bosan ini, fikiranku menerawang memikirkan banyak hal termasuklah teringat semula akan insiden dia memarahi aku beberapa hari lepas.
Menyesal juga aku sebab pernah gelar dia bidadara sebab sekarang ni entah kenapa perangai serupa syaitan! Tapi, aku masih sukakan dia.
Dalam masa yang sama juga, aku cintakan dia, aku rindu dia, aku-- haish!!! Pergi mampuslah dengan rindu kau!!
Bukannya dia rindukan kau pun, Haneul. Kau tu cuma pesakit dia! Dia layan kau hanya sebab kau pesakit dia. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang! Noktah!
Aku bukan hanya memikirkan tentangnya sahaja, aku juga terfikirkan akan seorang lelaki yang baru aku temui buat kali pertama semasa hari itu.
Jeon Mingyu.
Sama macam Jungkook, Mingyu pun kacak juga. Kacak, baik hati dan periang. Bukan macam JungSelfish tu!
Dasar puaka!
Tapi, puaka - puaka dia pun, aku sayangkan dia! Hiks!
Kau gila, Haneul, kau gila!
Bunyi seretan pintu gelangsar wad yang dibuka itu, menyentakkanku dari lamunan.