❪ 00︰19 ❫

1.5K 187 18
                                    

❝ kepulangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ kepulangan. ❞

Seoul┃RM.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Assalammualaikum dan hai! ⛅ welcome back to another update! 🌸

Thank untuk 27K reads! 🌼

Please enjoy your reading! ❤

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

❝ jeon jungkook. ❞

Hari yang dinanti - nantikan akhirnya tiba. Hari di mana mereka akan terbang pulang ke Korea selepas hampir tiga tahun menetap di London untuk menyambung pelajaran mereka.

Yoongi hyung bercadang untuk menyambut kepulangan mereka pada hari ini di lapangan terbang dan kami bersetuju tanpa ada yang membantah.

Aku menyarungkan seluar jeans hitam dan sehelai t-shirt putih lengan pendek yang dituck-in ke dalam seluar. Rambut yang baru sahaja kering disikatku dengan rapi.

Wangian maskulin disemburkan ke atas baju dan tubuhku. Wajahku disapu dengan sedikit bedak.

Jam berwarna hitam dipakai pada pergelangan tangan kiriki. Telefon bimbit bersama dompet diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluarku. Kunci kereta pula dipegangku.

Selesai mematikan semua suis, aku melangkah keluar dari bilikku lalu menutup pintu.

Tangga aku turuni dan berjalan terus ke pintu rumah. Selipar rumah digantikan dengan kasut lalu disusun pada rak.

Pintu rumah aku kuak dan kereta milikku dituju. Selain kereta aku, Seokjin hyung juga membawa kereta miliknya kerana mahu menumpangkan Yoongi hyung dan Taehyung.

Usai enjin dihidupkan untuk beberapa minit, kereta aku pandu keluar dari perkarangan rumah untuk terus ke lapangan terbang.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Jungkook bersama dengan tiga orang lagi hyungnya sabar menunggu ketibaan pesawat yang dinaiki rakan - rakan mereka.

Nafas lega dihembus apabila mendengar pengumuman tentang pesawat dari London yang baru sahaja selamat mendarat di lapangan.

Mereka berempat yang sedang duduk itu, segera menghampiri balai ketibaan untuk menyambut mereka.

Sebenarnya, bukan mereka sahaja, malah ahli keluarga tujuh orang lagi kakitangan hospital yang turut menuntut di sana juga ada.

Selain itu, pengerusi dan naib pengerusi hospital sendiri turun padang bagi menyambut kepulangan mereka.

Mata meliar mencari di kelibat yang dinanti - nantikan. Bagaikan tidak mampu menunggu lagi untuk bersua muka dengan mereka.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now