❪ 00︰25 ❫

915 103 41
                                        

Assalammualaikum dan hai! ❤ Hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Assalammualaikum dan hai! ❤ Hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. 😊

Maaflah, lepas dah habis re-edit chapter 24, Yayan tak sambung lama. Semuanya sebab Yayan fokus dekat fanfic dekat draft. Idea banyak dapat dekat fanfic tu, jadi terpaksa sambung sebab takut idea hilang. 😂

Terima kasih untuk semua yang masih sudi menunggu update dari fanfic ni ❤

Jangan lupa tinggalkan comment untuk Yayan tahu sama ada masih ada yang membaca fanfic ni atau tak 👌

Selamat membaca! 💕

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

Derapan tapak kasut tumit tinggi yang menapak di sepanjang koridor membuatkan beberapa orang jururawat yang kebetulan sedang melakukan tugas di kaunter jururawat mendengus.

Mendengar bunyi derapan tumit yang melangkah sahaja sudah membuatkan mereka berasa sangat meluat, inikan ingin melihat wajah empunya kasut.

" Datang dah dia. " Seorang jururawat mula bergumam pada rakan di sebelahnya sambil matanya tidak kalih dari menjeling wanita yang sedang melangkah. 

Wanita yang diperkatakan itu berhenti di hadapan kaunter yang diduduki mereka. Cermin mata hitam yang dipakainya dibuka lalu disangkutkan di ubun kepalanya.

Pergerakan wanita itu dipandang dengan pandangan penuh menyampah. Menyampah apabila mereka terpaksa menghadap wajah itu hampir setiap hari dan siapa sangka, kini sudah tiga tahun wajah itu dilihat mereka.

Jemu. Sangat jemu!

" Hwayoung, Jungkook mana? " Jo Hwayoung, pembantu kepada Doktor Jeon itu melangutkan kepalanya dan melihat ke arah wanita itu. 

" Doktor Jeon tengah bermesyuarat dengan pihak atasan. Cik Yoo perlu tunggu beberapa minit lagi sebab mesyuarat akan tamat sebelum waktu makan tengahari. " Maklum Hwayoung dengan sopan. 

Tahu sahaja mengapa wanita itu datang pada waktu sebegini dan boleh dikatakan hampir setiap hari, wanita itu akan muncul pada waktu yang sama iaitu waktu makan tengahari.

Dia datang ke situ semata - mata mahu mengajak Jungkook atau lebih dikenali sebagai Doktor Jeon, keluar untuk makan tengahari bersama. 

Walaupun dia juga tidak kurang meluat dengan wanita itu namun dia terpaksa berbuat baik kerana dia sangat menghormati Doktor Jeon. Dia tidak mahu bersikap biadap dengan mana - mana kenalan doktor itu.

Sejak Puan Lee Chaemi ditukarkan ke hospital baharu dek kerana terpaksa mengikut suami, dialah yang telah dilantik oleh Doktor Jeon sendiri untuk menjadi pembantu lelaki itu yang baharu.

Dan selama tempoh itu, dia terpaksa menghadap begitu banyak karenah Sae Tan yang di mana hari demi hari membuatkan dia semakin meluat dengan wanita itu. 

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang