❪ 00︰12 ❫

1.8K 228 37
                                        

❝ step siblings

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

❝ step siblings. ❞

hellevator┃stray kids.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Please enjoy your reading 😆❤

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

❝ jeon mingyu ❞

Kereta yang dipandu pulang dari hospital kini dihentikan di dalam halaman rumahku. Handbreak ditarik dan enjin dimatikan dengan sekali pusingan kunci.

Jam tangan di pergelangan kiriku, dipandang untuk membaca masa, 8:47 malam. Masa kerjaku tamat 4 jam yang lepas. Mujurlah aku dicutikan untuk 2 hari sebelum aku bekerja semula. Bolehlah aku tidur lebih masa sedikit.

Tali pinggang keledar aku buka dari melilit tubuhku. Pintu kereta aku buka dan membolos keluar dari kenderaan itu.

Nyiau!

Segera aku memusing setelah mengunci kereta. Seekor kucing yang berbulu tebal dan berbadan gempal itu datang ke arahku sambil mengiau.

Datang sudah baby sayang aku. Tubuhnya yang berat aku angkat dan mendukung gaya seperti mendukung seorang bayi.

Aku mendukung kucing peliharaanku yang bernama Casper tapi aku panggil dia baby je, dan membawanya masuk ke dalam rumah.

Sebab apa letak nama Casper? Ayyy! Kucing aii ni orang putih keyh. Bukan kaleng - kaleng.

Pintu rumah aku buka lalu aku melihat eomma dan appaku sedang menonton televisyen di ruang tamu. (Takkan dalam bilik air.. Emm)

" Gyu dah balik! " Sapaku sambil membuka kasut dan menyusunnya di tepi.

Serentak kedua pasangan suami isteri itu berpusing memandangku. Mereka berdua bangun untuk menyapa.

" Gyu dah makan? " Eomma bertanya sambil memegang tanganku. Setiap kali mendengar suara lembutnya, segala penat lelah yang aku rasakan semuanya hilang dengan begitu saja.

" Dah, eomma. Dengan kawan Gyu tadi. " Eomma sekadar mengangguk. Rasa comel pula tengok eomma aku yang tinggi separas dada aku.

" Adik kamu cakap yang dia akan balik sama dengan kamu. Kamu takde jumpa dia ke dekat hospital tadi? " Aku sekadar menggeleng bila eomma bertanya tentang 'adik tiri' aku.

" Takdelah eomma. Tak jumpa dia langsung. Nak ambil tahu pasal dia pun Gyu dah malas. " Aku menjawab dengan selamba.

Eomma mengeluh sambil melirik appa yang mampu tersenyum nipis. " Gyu. Walau apa pun yang terjadi, Gyu masih ada pertalian darah dengan dia. Dia adik Gyu, berbaiklah, ye? " Eomma cuba untuk memujukku.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak membalas apa - apa pujukan eomma. Siapa saja suka bila orang sakitkan hati eomma kau? Kau suka ke bila tengok eomma kau still layan dia dengan baik walaupun dia selalu buat taik dengan eomma kau?

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang