Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Letting Go ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Carry On┃Victon (Seungsik)
Assalammualaikum dan hai ✨ maaf kerana terpaksa mengambil masa yang lama untuk update 😣
Terima kasih untuk yang masih menunggu update dari fanfic ni 😊❤ dan happy 50K! 🎊
Selamat membaca! 💃🏻
❀ ❀ ❀ ❀ ❀
Haneul mematikan enjin keretanya. Kunci kereta ditarik. Dia melepaskan tali pinggang keledarnya. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar setelah mencapai beg tangannya.
Deringan telefon bimbit yang berbunyi itu langsung dia tidak hiraukan. Kata laluan rumah ditekannya dan dia membolos masuk. Kasut tumit tingginya dibuang dari kakinya tanpa peduli untuk menyusunnya. Dia menyarungkan selipar rumah.
Bunyi bising dari televisyen membuatkan dia menghampiri sofa yang terletak di tengah - tengah ruang tamu. Beg tangan dan kunci keretanya dijatuhkan ke lantai, menarik perhatian abangnya.
Dia berjalan mendapatkan Jimin yang sedang bersandar pada penghadang sofa sambil melunjurkan kakinya di atas sofa yang berlengkuk L itu. Jimin yang sedang bermain telefonnya itu segera meletakkan telefonnya ke tepi.
Haneul menjatuhkan tubuhnya ke atas tubuh abangnya. Dia memeluk tubuh lelaki itu dan membenamkan wajahnya ke leher lelaki itu. Menghirup bau badan lelaki itu yang menenangkan.
Jimin tidak bersuara. Hanya membelai rambut panjang gadis itu sahaja. Dia benar - benar kenal siapa adiknya. Haneul akan bergelagat seperti ini ketika dia memerlukan seseorang untuk memeluk dan menenangkannya.
Ubun - ubun gadis itu dikucupnya bertalu - talu. Kebelakangan ini dia sangat sibuk dan tidak sempat meluangkan masa dengan adiknya. Ketika dia cuti pula, Haneul langsung tidak lekat di rumah. Jadi dia agak rindu akan gadis yang sentiasa bermanja dengannya itu.
" Oppa rasa Han buat perkara yang betul ke? " Dia bertanya. Wajahnya langsung tidak diangkat namun Jimin boleh tahu apa ekspresi yang ditunjukkan si adik.
" Apa yang Han dah buat? " Jimin bertanya semula. Tangannya tidak henti - henti membelai rambut Haneul.
Haneul menjauhkan wajahnya dari leher si abang dan kini memandang wajah Jimin. Barulah Jimin dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu yang merah dan sembap itu.
" Han dah berpisah dengan Jaehyun. " Luahnya.
Jimin memandang Haneul dengan wajah tidak percaya. Dia menjongketkan keningnya.