❪ 00︰11 ❫

1.5K 232 27
                                    

❝ waiting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ waiting. ❞

dinnersuho ft jang jae in.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Please enjoy your reading 😆❤

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

" Hai, Park Haneul. " Sebuah suara matang seorang lelaki menyebut namaku dan pantas aku mendongakkan kepalaku.

Dan kelihatan seorang lelaki bertubuh tinggi menyapaku dengan sebuah senyuman. Aku langsung tidak mengenali lelaki kacak itu, namun bagaimana dia mengetahui namaku?

" Ye? Encik ni siapa? " Aku bertanya dengan sopan. Dan melihat dari jubah putih hospital yang dipakainya, aku yakin bahawa dia merupakan salah seorang doktor di hospital ini.

Soalanku tidak dijawab namun dia bertanya. " Boleh saya duduk dekat sebelah Cik Haneul? " Aku sekadar mengangguk.

Perlahan - lahan lelaki kacak itu melabuhkan punggungnya bersebelahan denganku. Dan jarak di antara kami lebih kurang sejengkal.

" Maaflah sebab saya tak jawab. Tapi, saya tahu nama awak sebab awak tu salah seorang pesakit kepada rakan sekerja saya. Jadi, saya tahulah serba - serbi tentang awak. " Aku mengangguk, tidak mustahillah andai dia tahu namaku walaupun kami tidak pernah bersua.

" Tapi, boleh saya tanya, nama encik apa? " Aku memandangnya. Dia sangat kacak, hampir aku terpikat.

" Janganlah berbahasakan encik dengan saya, Cik Haneul panggil saja saya Mingyu, Jeon Mingyu. " Aku tersenyum.

( kacakkan? 😌 so, yeah. Mingyu (Seventeen) ialah hero kedua kita 🙂 )

" Kalau awak taknak saya panggil awak dengan panggilan encik, awak pun janganlah panggil saya dengan panggilan cik, saya rasa tua. " Lelaki bernama Mingyu itu tersenyum lebar.

" Baiklah, saya tak panggil awak dengan panggilan tu. Tapi saya nak tanya, umur awak berapa? " Aku tahu, aku dan dia baru saja berkenalan 5 minit lalu, tapi dia bukanlah orang yang jahat. Jadi aku boleh berbual dengannya.

" Ouh. Saya baru je masuk 20 tahun. " Dia mengangguk faham.

" Awak pula. Berapa umur awak? "

" Umur saya? Saya baru je 27 tahun. " Dia tersenyum sambil menjawab. Terpegun aku tengok senyuman dia. Dia nampak kacak sangat dan ada ciri - ciri boyfriend material.

" Pasal Jungkook. " Dia yang memandang sekeliling, tiba - tiba saja memusing ke arahku apabila menyebut nama Jungkook.

" Ye? " Aku memandangnya tertanya - tanya.

" Awak sukakan dia ke? " Serta - merta aku terdiam.

Dia tersengih. " Memang betullah apa yang saya rasa. Awak memang sukakan dia. " Tambahnya lagi apabila mendengarkan tiada jawapan dariku.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now