Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ confession ❞
All Night Long┃UP10TION
[ plis dengar semasa membaca sebab mood akan sampai 💕 ]
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Assalammualaikum dan hai! Welcome back to another chapter ✨
Yayan tak tahu sama ada korang tahu atau tak, but untuk pengetahuan semua, ini ialah chapter edit yang terakhir. Selepas ni, Yayan akan sambung fanfic macam biasa mengikut jalan cerita yang baharu.
Dan Yayan harap, ramailah yang tonjolkan diri korang untuk bagi semangat pada Yayan untuk teruskan fanfic ni sehingga penamat. Sebab ni fanfic pertama yang Yayan teruskan walaupun Yayan edit. Tak macam fanfic Our Psycho Teachers yang Yayan kata nak edit dulu. 🙂
Sebab utama Yayan teruskan fanfic ni ialah sebab fanfic ni mengingatkan Yayan dekat arwah ayah Yayan. Yayan mulakan fanfic ni semasa teman dia dekat hospital sampailah dia meninggal pun di hospital. Yayan buat fanfic ni sebab dia.
Terima kasih untuk yang masih setia menunggu Yayan mengedit semua jalan cerita ni. Terima kasih banyak - banyak Yayan ucapkan 💕
Selamat membaca! 💕
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
❝ jung jaehyun ❞
Pintu bilikku ditutup sebaik sahaja aku masuk ke dalam. Bibirku sejak tadi tidak lekang tersenyum lebar.
Rasa bagaikan tidak percaya. Langsung tidak terlintas di fikiranku yang Haneul akan menjadi teman wanitaku.
Aku menghempaskan tubuhku ke katil. Wajah dibenamkan ke bantal, cuba menahan perasaan terujaku yang tidak dapat aku tahan.
Beberapa minit kemudian, aku memusingkan badanku dan membaringkan kepalaku ke atas bantal tadi.
Pandanganku menghadap ke arah siling putih bilikku. Fikiranku kembali menerawang apa yang telah terjadi semasa di hospital tadi.
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Setelah lama dia keluar bersama adik saudaranya, membeli makanan di kafeteria, Jaehyun dan Wooshin pulang semula ke wad.
Jaehyun tersenyum melihat ibu saudaranya dan Haneul kelihatan mesra berbual. Langsung tidak janggal perbualan mereka di matanya.
Plastik makanan diletakkan di atas meja di sisi katil hospital yang didiami Puan Seo.
" Eomma, makanlah. " Pelawa Jaehyun.
Wooshin sudahpun membuka bekas makanannya dan mula memakannya di sofa yang terletak di sudut wad persendirian itu.