Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Mistakes or Sins? ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum! 💌 Yayan decide nak drop chapter ni since dah siap draft dia ❤
Enjoy reading! 🥰
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
❝ Yoo Saetan ❞
" Cik, awak nak apa lagi? Sampai bila awak nak ikut saya? Kalau teman wanita saya tahu, mesti dia akan salah faham dengan cik. " Lelaki itu memandangku dengan bengang.
Jung Jaehyun. Aku tahu siapa lelaki ni dan aku tahu siapakah teman wanitanya yang dia maksudkan. Park Haneul, perempuan yang aku sangat benci.
Pada mulanya, niat aku ialah untuk mengajar perempuan itu sahaja. Tetapi entah mengapa sikap dan layanan dingin Jaehyun terhadapku telahpun menarik minatku.
Ya, Jungkook juga bersikap sebegini kepadaku. Aku dan dirinya hanyalah seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditemukan oleh sebuah keluarga.
Sepatutnya kami dinikahkan dua tahun yang lepas namun dia sering menangguh - nangguhkannya sehinggakan pada akhirnya aku tidak lagi memberinya sebarang kepercayaan dan hanya melayan karenahnya apabila aku mahu sahaja.
Dua tahun aku sia - siakan masaku untuk lelaki sepertinya, mungkin aku perlu berubah dan mencari orang yang baru sekiranya dia berbuat keputusan untuk memutus tunang denganku bila - bila masa.
" Awak tak bagi saya balas jasa awak, jadi inilah yang saya terpaksa lakukan. " Jawabku.
Lelaki berupa paras kacak itu menarik nafas dalam sebelum menghembus kasar nafasnya. " Jadi, apa yang awak nak buat untuk balas jasa saya? "
Senyuman kemenangan terukir di bibirku. " Minum dengan saya. " Pada masa itu juga idea terlintas di fikiranku.
Dia mengeluh buat kali kedua. Menunjukkan yang dia buntu. Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa.
" Deal. Saya pergi minum dengan awak sebagai balasan untuk jasa yang saya dah lakukan. " Akhirnya dia membuat keputusan.
Aku masih dengan senyumanku lalu mengangguk. " Deal. "
Tangan aku hulurkan bagaikan sedang meminta sesuatu. Dia memandangku pelik. " Saya nak nombor awak. Macam mana saya nak contact awak kalau saya takda nombor awak. "
Dia bagaikan sudah pasrah. Telefon bimbit dikeluarkan dari poketnya lalu diserahkan padaku.
Aku menghidupkan telefon bimbitnya dan menyapu skrin. Wah! Dia langsung tidak meletakkan sebarang kata laluan pada skrin telefonnya.
Aplikasi dail aku buka dan memasukkan nombor telefonku dan menyimpannya ke dalam senarai kenalan. Dengan menggunakan telefon bimbitnya juga, aku mendailkan nombor telefonku sendiri untuk mendapatkan nombor telefonnya.