Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ The Unexpected Guest ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
📢 P E R H A T I A N ‼️
Assalammualaikum dan hai 🎯 Yayan balik semula lepas dah berbulan - bulan tak update.
Jujur Yayan katakan dekat sini, Yayan nak discontinuekan fanfic ni dan fanfic Hidden Savior sebab Yayan makin sibuk dan Yayan ada dua lagi fanfic yang perlu Yayan tulis jadi Yayan takut takda waktu nak taip semua fanfic. And lagi satu sebab Yayan bukan army lagi 🙂
Tapi memandangkan ada yang mintak Yayan sambung dan Yayan pun dah completekan dah storyline fanfic even tak ikut storyline asal, jadi Yayan decide untuk sambung semula walaupun slow update.
Jadi, Yayan harap korang maafkan Yayan sebab dah lama sangat tak update and ada niat nak discontinue 🥺❤
❀ ❀ ❀ ❀ ❀
" E-eo! Annyeong, Jungkook-ah. " Haneul membalas sapaan itu dengan kelam - kabut.
Jelingan tajam diberikan pada si abang yang sedang tersengih - sengih sinis di belakang lelaki kacak itu.
" A-awak buat apa dekat sini? Oppa ada nak keluar dengan Jungkook ke harini? " Soal Haneul. Pandangannya beralih pada Jimin yang kini sedang memeluk leher Jungkook.
" Jimin hyung ajak saya datang sini since kitorang cuti. " Manis betul senyuman si doktor ni. Lagi manis dari teh madu yang dibuat eommanya tadi.
Dia hanya menjadi mata - mata memerhati abangnya yang sedang mempelawa rakannya itu untuk duduk. Jungkook melabuh duduk di kerusi bertentangan dengannya. Jimin mengambil semula tempat di sisi si adik.
" Aniya. Tak pergi mana - manapun. Oppa saja ja ajak Jungkook datang melepak sini. Lagipun harini dia cuti. " Terang Jimin.
Jungkook hanya mengangguk - anggukkan sahaja kepalanya menyetujui penerangan ringkas Jimin.
" Oh, kalau begitu takpalah. By the way, awak dah bersarapan ke sebelum datang? Kalau belum, jemputlah makan sekali dengan kami. Eomma selalu masak banyak, kadang - kadang sampai tak habis. Jadi awak makanlah seberapa banyak yang awak nak. " Haneul merenung ke arah Jungkook yang tersipu - sipu.
Entah dari mana datangnya keberanian Haneul untuk menatap lelaki itu walhal masih belum habis lagi malunya memikirkan kata - kata Jimin semalam.
Melihatkan lelaki itu yang hanya mendiamkan diri, Haneul menganggap bahawa lelaki itu masih belum bersarapan namun malu untuk mengaku kerana bimbang mengganggu acara makan adik - beradik Park pada pagi itu.