❝ dating. ❞
some┃bbol4.
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Please enjoy your reading 😁❤
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
❝ Park Haneul ❞
Bunyi serekan pintu wad yang dibuka oleh seseorang telah mengejutkanku yang terlena. Mataku dengan pantas membuka untuk melihat siapa yang datang.
Kelibat eomma dan oppa yang menuju ke arahku manakala appa pula sedang menutup pintu, membuatkan aku mengukirkan senyuman di bibir." Good morning, Han. " Appa menyapaku lalu mengucup dahiku. Rambutku dibelainya lembut, penuh dengan kasih sayang.
" Morning, appa, eomma, oppa. " Mataku memandang eomma yang meletakkan sebuah beg galas milikku di hujung katil.
" Apa tu? " Aku bertanya.
" Beg laptop Hanlah. Eomma tahu Han bosan duduk sini. Jadi, appa suruhlah eomma bawakkan. " Eomma berdiri di sisi katilku di sebelah kiri manakala appa dan oppa berada di sebelah kanan.
" Bukan dekat hospital tak dibenarkan cas gajet ke? " Aku tersenyum memerli. Mataku memandang appa yang berpakaian jubah putih doktor, begitu juga dengan eomma dan appa.
Tentulah mereka perlu bekerja memandangkan pesakit baharu tidak henti - henti datang. Kesemuanya mempunyai penyakit masing - masing.
" Betullah tu! Siapa kata boleh cas? Eomma tak suruh cas pun. Lepas habis bateri laptop tu, jangan cas walaupun eomma ada bawakkan chargernya. " Bibirku mula memuncung mendengar balasan eomma.
Aku nak usik dia, dia pula yang usik aku. Oppa ketawa kecil sebelum menyerabutkan rambutku.
" Eomma!! " Aku memanggil eomma untuk mengadu.
" Jimin! " Appa menghentikan oppa yang mengusik aku.
" Alololo. Fikir dia tengah sakit sekarang, oppa kisah? " Aku mencebik geram.
" Okaylah, Han. Eomma dan appa nak kena masuk kerja dah ni. Dah lambat. Nanti malam eomma dan appa ada masa rehat, kitorang datang tengok Han lagi, eo? " Aku mengangguk. Faham dengan pekerjaan mereka yang langsung tiada masa untuk berehat.
Namun, ada juga waktu yang mereka nak luangkan bersama aku dan oppa walaupun kesempitan masa.
" Eo, nanti eomma datang tau! " Eomma mengangguk.
" Rehat ye sayang. " Pesan appa sebelum mengucup dahiku.
" Nae. Selamat bekerja, appa. " Aku mencium kedua belah pipinya. Selepas mencium appa, aku mencium pula eomma, disertakan dengan pelukan.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩
Fanfiction[ current status ; on-going! ] Jeon Jungkook ft. Park Haneul Mereka ditemukan semula kerana takdir yang menentukan, menentukan untuk mereka terus hidup bersama. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ー' no copycat zone! ❀ ©...