Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ N
obody
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai! Here update. Yayan tinggalkan draft ni almost seminggu, so dari biar terbiar lagi, baik yayan update ❤ enjoy!
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Nasi goreng yang telah dimasak oleh Jimin disuap Haneul ke dalam mulut sedikit demi sedikit. Tingkah lakunya sudahpun membuatkan Jimin lali. Sudah seminggu adiknya berperangai sebegini.
" Makanlah elok - elok. Penat oppa masak, Han main - main macam tu je. " Tegur Jimin.
Haneul tetap Haneul. Dia menongkatkan dagunya lalu terus bermain dengan nasi di pinggannya. Keluhan dilepaskan secara berterusan.
" Eloklah tu. Depan makanan, mengeluh. Esok - esoknya, mengeluh makanan tu pula, meluat tengok perangai Han macam tu. " Tembak Jimin. Geram dengan adiknya.
Haneul mengerling abangnya tajam sambil mencebit. " Dahtu, oppa tu makan pun bising, elok sangatlah tu? "
" Menjawab! Menjawab! Oppa tegur, bukannya berbual. Bila orang tegur sikit, menjawab, tegur sikit menj— " Telefon bimbit Haneul yang berdering telahpun memotong ayat Jimin.
Mata gadis itu jatuh memandang skrin telefon yang sudah entah berapa lama tidak berdering itu. Terbeliak matanya melihat nama pemanggil di skrin.
Jaehyun.
Haneul segera mengangkat telefon bimbitnya dan menjawab panggilan dari lelaki itu sambil bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah tangga, mendaki naik ke biliknya.
" Jaehyun-ah? " Sapanya dahulu sebaik telinganya menangkap bunyi nafas lelaki itu di hujung talian.
" A-annyeong, Haneul-ah. " Suara matang yang dirindu - rindukan selama sebulan ini, akhirnya membalas sapaannya.
Bibir Haneul mengukirkan senyuman, gembira hatinya mendengar suara milik teman lelakinya itu.
" Jaehyun-ah.. Awak okay ke? " Itu ialah soalan pertama yang Haneul mahu tanyakan apabila dapat berhubung dengan lelaki itu.
" Nae.. Saya okay. " Nafas lega dihembus, rasa seperti sebahagian batu yang bertimbun di atas dadanya sehingga menyebabkan dia sukar bernafas, akhirnya dialihkan membuatkan dia boleh bernafas semula.
Separuh lagi masih di situ, selagi dia tidak melihat lelaki itu, dia tidak boleh berasa lega sepenuhnya.
" Awak pergi mana selama ni? Awak ada masalah ke? " Itu ialah soalan kedua dan ketiganya pada Jaehyun.
Jawapan yang diharapkan tidak didengarinya kerana pemanggil terdiam seketika. Hanya deruan nafasnya yang sedikit berombak sahaja yang dapat Haneul dengari.