❪ 00︰32 ❫

400 56 9
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌W

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
W

here Are You?

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai! 🥰 terima kasih untuk semua yang membaca dan menyokong fanfic ni walau dalam apa cara sekalipun! ❤

First of all, jika ada pembaca fanfic yayan yang lain, yang turut baca fanfic ni, yayan nak minta maaf sebab yayan focuskan untuk fanfic ni, cause yayan ada banyak idea untuk fanfic ni 😭🙏

Tapi jangan risau, yayan akan type slow - slow untuk fanfic Boyfriend Material dan Hidden Savior. Untuk korang juga, kalau korang sukakan karya yayan, jemputlah baca fanfic yayan yang lain.

And for atinys! Korang boleh baca Boyfriend Material, OT8 in there! 🥰❤

Enjoy reading! 🌹

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Lamunan Haneul tersentak apabila secawan kopi diletakkan di hadapannya. Gadis itu memandang ke arah abangnya yang kini sedang melabuhkan diri ke kerusi bertentangan dengannya.

" Apa yang Han menungkan tu? " Soal Jimin.

Sejak tadi lagi dia memerhatikan adiknya yang lama termenung. Entah apa yang difikirkan pun dia tidak tahu.

Selepas pulang dari kawasan pedalaman, gadis itu sering kali termenung. Apabila ditanya, dia kata dia tidak apa - apa namun selepas itu, dia kembali termenung.

" Ani.. Takda apa - apalah. " Tangan yang ditongkatkan ke atas meja, diturunkan.

Cawan kertas yang berisi kopi itu diangkat dan disisipnya. Cuba untuk mengelak dari terus ditanya abangnya.

" Takda apa - apa? Kalau takda apa - apa, Han takkan termenung macam ni. Cakaplah, apa yang Han fikirkan tu. Mana tahu, oppa boleh bantu. " Lembut sahaja lelaki itu memujuk adiknya untuk membuka mulut.

Keluhan dilepaskan. Dia menunduk memandang ribanya dan bermain dengan jari jemarinya. Ingin mengelak pandangan abangnya.

" Pasal Jaehyun. Dah berapa hari dah kita balik, tapi dia langsung tak datang jumpa Han. Han ni dah lama sangat dah tak jumpa dia sejak dia ada trial haritu. " Akhirnya Haneul mengadu tentang apa yang bermain di fikirannya beberapa hari ini.

Jimin setia mendengar. " Bila Han mesej, dia tak reply. Han call? Lagilah. Selalu masuk voicemail. " Tambahnya lagi.

Si abang merenung lama adiknya. Faham dengan kekusutan yang dirasainya. Dia sendiri tidak tahu mengapa lelaki itu bersikap sebegitu dan dia tidak tahu apa yang menimpa lelaki itu. Yang dia mampu buat kini ialah menenangkan adiknya.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now