❝ hari graduasi. ❞
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Assalammualaikum and hai! ⛅ welcome back to another new update 🌸
Please enjoy your reading 🌼
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
❝ park haneul ❞
Dua tahun. Dua tahun bukanlah jangka masa yang pendek namun siapa sangka, masa berlalu dengan pantas dan dua tahun kini berlalu.
Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku dan oppa pulang ke Korea selepas menamatkan pengajiannya di London ini.
Di London ini, sudah banyak tempat yang aku lawati dan aku langsung tidak bosan kerana begitu banyak perkara baru yang aku jumpai.
Selama dua tahun di sini, nasibku tersangatlah baik kerana menjumpai seorang rakan yang sentiasa menemaniku.
Jung Jaehyun. Hanya pada namanya saja sudah dapat digambarkan betapa kacaknya lelaki ini. Dia baru sahaja berusia 23 tahun.
Sebenarnya, Jaehyun tinggal di sebelah rumah yang disewa kami. Aku mengenalinya di sebuah kedai serbaneka dan mendapati bahawa kami tinggal bersebelahan.
Dan semenjak itu, dia mulai rapat denganku. Dia selalu membawaku melawati bandar ini dan memperkenalkan beberapa tempat kegemarannya seandainya dia mempunyai waktu.
Jaehyun merupakan penuntut di university yang sama dengan Jimin oppa dan akan graduasi pada hari yang sama dengan oppa namun dalam jurusan yang berbeza.
Bukan sahaja itu, dia juga rapat dengan oppa memandangkan mereka menuntut di university yang sama dan sering ke sana bersama - sama.
Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap yang besar, menikmati pemandangan bandar London yang sibuk.
Mengenangkan bandar yang sentiasa sibuk ini, aku mula rindu akan bandar kelahiranku yang tidak kurang sibuknya juga.
Ketukan pada pintu telah menyentakkanku dari lamunan. Pandangan dialihkan pada pintu bilik apabila ianya dibuka.
Jimin oppa menjengukkan kepalanya masuk ke dalam. " Han, jom makan. Jaehyun makan sekali dengan kita. " Ajaknya.
Senyumanku terukir apabila mendengar nama Jaehyun disebut. Oppa sememangnya tahu aku begitu senang dengan lelaki itu.
Kaki dijejakkan ke lantai dan aku menyarungkan selipar rumah ke kedua belah tapak kaki. Aku bangun dan berlari menyapanya.
Oppa memegang tanganku dan memimpinku ke ruang tamu. Figura 10 orang lelaki yang sedang duduk di ruang tamu berhadapan televisyen menyapa pandanganku.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩
Fanfic[ current status ; on-going! ] Jeon Jungkook ft. Park Haneul Mereka ditemukan semula kerana takdir yang menentukan, menentukan untuk mereka terus hidup bersama. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ー' no copycat zone! ❀ ©...