⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
The Ending
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Assalammualaikum dan Hai, welcome back to another new chapter 😊
Maafkan Yayan jika ada sebarang kekurangan dalam chapter ni, harap korang enjoy ❤
Selamat membaca! ✨
❀ ❀ ❀ ❀ ❀
❝ jung jaehyun ❞
Rumah Mark harini meriah dengan kedatangan rakan - rakan kami yang berkunjung untuk menghabiskan cuti hujung minggu dengan melepak bersama - sama.
Sejak kejadian tempoh hari, aku berpindah terus ke rumah Mark dan tinggal bersama dengannya. Pada mulanya eomma hairan mengapa aku ingin berpindah ke rumah rakanku secara tiba - tiba namun setelah memberi alasan, eomma akhirnya membenarkan.
Mark juga tidak kisah dengan kehadiranku kerana sekurang - kurangnya dia tidak berasa bosan duduk bersama dengan seorang rakan.
Masing - masing sudah berkumpul di ruang tamu. Ada yang duduk dan baring di atas sofa dan ada yang berada di atas permaidani di lantai. Masing - masing memegang bungkusan makanan ringan manakala makanan segera seperti pizza pula ada di meja berdekatan.
Sementara menunggu Jungwoo memilih movie, Mark mula bersuara untuk tidak menenggelamkan suasana.
" Every hyungs over here, macam mana hyung semua nak balik nanti? " Soal lelaki dengan pelat english-koreannya.
" Yah, Mark Lee. Hyung baru je sampai sini, dah nak halau hyung balik ke? " Johnny hyung, lelaki berdarah kacukan korean-american itu bersuara.
Aku langsung tidak mengendahkan kedua - dua orang lelaki berstatus warga asing yang sedang berbalah itu dan memfokuskan diriku memerhati Jungwoo yang sedang memilih movie.
" Jungwoo-yah. " Panggilku.
" Nae, hyung? " Sahutnya lalu menoleh ke arahku.
" Pilih cerita sebelum tu, hyung belum tengok lagi. " Mintaku.
Dia hanya menurut sahaja dan mengalih pilihannya. Setelah memastikan itu cerita yang aku mahukan, dia segera memasangnya dan mengambil tempat di antara aku dan Doyoung hyung.
" No. No. No. That's not what I mean. Markeu maksudkan sekarang dah almost midnight, Markeu nak tanya those yang come here dengan teksi tu, how hyung balik nanti? " Terang Mark dalam keadaan panik.
" Markeu-yah. Hyung tidur sini. " Yuta hyung bersuara.
" Nado. "
" Nado. "
YOU ARE READING
𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩
Fanfic[ current status ; on-going! ] Jeon Jungkook ft. Park Haneul Mereka ditemukan semula kerana takdir yang menentukan, menentukan untuk mereka terus hidup bersama. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ー' no copycat zone! ❀ ©...