Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ bertahan. ❞
Loved You Better┃HOLLAND.
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang berada dalam keadaan yang sihat. ⛅
Yayan taknak minta banyak. Hanya minta korang enjoy dengan chapter kalini! 😆❤
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
❝ jeon jungkook ❞
Bunyi kuakkan pintu membuatkan aku terjaga dari lenaku. Belakang tanganku naik menggosok mataku, menepis pandangan kabur.
Leherku terasa sakit kerana tidur di meja kerjaku dengan hanya berlapikkan tangan. Belakang badan aku sandarkan pada kerusi.
" Dekat sini rupanya kau. Merata orang cari kau weyh. " Aku menoleh ke belakang dan melihat Yoongi hyung yang sedang menyangkutkan jubah doktornya ke kerusinya.
Seketika kemudian, aku memerhatikan tindak - tanduknya yang sedang melihat ke arah lantai yang bersepah dengan sampah.
" Lepas tu, hyung cakap apa? " Soalanku mengalihkan pandangannya dari sampah - sarap yang bertaburan itu.
" Aku cakaplah yang kau tak sihat. Yang lain pun tolong cover. Selamatlah harini Taehyung free dia cover kau check patient. " Aku mengangguk.
Pandanganku kembali ke arah mejaku. Bingkai gambar aku dan eomma masih berada di situ.
Aku mengambilnya lalu memasukkan kembali ke dalam laci yang sedia terbuka itu dan kemudian aku menutup semula.
" Cuba kau bagitahu aku, apa pula yang dah buat kau naik angin kalini atau masih dengan jawapan yang sama? " Langsung tidak aku jawab, hanya jongketan bahu sahaja yang respon.
Sememangnya Yoongi dan yang lain tahu tentang hubungan aku dan Mingyu dan sebab mengapa aku membencinya.
" Hmm. Dahlah. Shift aku, kau, Seokjin hyung dengan Hoseok dah tamat. Jomlah kita pergi makan malam. " Ajaknya.
Sekali lagi aku menoleh ke arahnya yang sedang menukar pakaian ke t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan seluar jeans koyak.
Tanpa berkata, aku segera bangun dan menuju ke lokerku dan mengeluarkan barang - barangku.
Memandangkan aku sudah sememangnya memakai pakaian yang aku pakai sejak datang tadi jadi aku malas aku mahu menukarnya. Cukup dengan semburan wangian bagi menutupi bau badanku.
Seokjin hyung dan Hoseok hyung turut balik ke bilik untuk bersiap keluar. Dan kami berempat menuju ke parking lot.
" Harini siapa balik dengan siapa? " Aku bersuara.