❪ 00︰10 ❫

1.6K 226 44
                                        

❝ kena marah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

❝ kena marah. ❞

feeling┃jeong sewoon.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Please enjoy your reading 😁❤

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Apabila sepasang mata milik Park Haneul mula memandang ke arah sesuatu perkara yang dia sukai atau dia benci, maka yakinlah bahawa pandangan itu melekat di situ bagaikan permanent pen. Langsung dia tidak beralih dari pada memandang kedua perkara yang disukai dan dibencinya sekaligus.

Sejak tadi, dia asyik memandang ke arah sepasang kekasih yang dirasakan langsung tidak cocok! Perasaan benci, geram dan marah muncul sekaligus dalam dirinya. Melahirkan rasa terlalu benci apabila melihat pasangan itu.

Moodnya yang tadi ceria dan gembira dengan suasana, pemandangan serta cuaca yang sempurna kini bertukar lesu.

Betul sangatlah kata orang tu walaupun pemandangan yang dilihat cukup sempurna, namun akan ada yang mencemarkan pemandangan indah itu. Contohnya inilah.

Patutlah lelaki itu langsung tidak datang untuk memeriksa keadaannya. Rupa - rupanya sibuk berdating! Kalau macam nilah perangai semua doktor yang ada di hospital ni, boleh bangkrup keluarganya nanti. Silap hari bulan, pesakit - pesakit juga boleh kehilangan nyawa dengan perangai doktor seperti itu!

Matanya beralih ke arah kekasih kepada doktor kesayangannya itu. Dari atas sehinggalah ke bawah, dia melihat dan menilik lama susuk tubuh itu. Mungkin inilah kekasih Jungkook yang diperkatakan appanya.

Dari pandangannya, mereka tersangatlah tidak cocok dan sesuai dijadikan sebagai pasangan kekasih. Dengan rupa wanita itu yang kelihatan sangat beza jarak umurnya dengan doktor itu sehingga boleh disalah anggap hubungan mereka sebagai adik - beradik!

Dari pemerhatiannya juga, wanita itu juga tidak terlalu cantik, hanya dengan bersolekan tebal saja. Kalau dibandingkan dengan dirinya, Haneul merasakan bahawa 80% lebih lawa dari wanita itu.

20%nya hilang ialah kerana kini dia sedang berpakaian hospital dan wajahnya pula pucat lesi bagaikan mayat hidup. Tapi dia masih merasakan dirinya lebih lawa dari wanita itu.

Haish! Difikirkan crush dia itu masih single! Rupanya Jungkook sudah mempunyai kekasih! Kekasih tua!

Buat seketika, adegan manis mereka terganggu apabila telefon Jungkook berdering. Mungkin. Kerana dari pemerhatian Haneul, lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket lalu melihat skrin sebentar dan kemudiannya permukaan telefon itu diletakkan di telinganya.

Matanya yang sejak tadi menilik wajah wanita itu, kini beralih pula ke arah Jungkook yang kelihatan marah semasa bercakap dengan si pemanggil.

Dan tidak lama itu, panggilan dimatikan. Haneul masih memerhati tanpa langsung berginjak dan tidak menyedari bahawa dia sudah berada di luar dari wadnya untuk masa yang lama.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang