❪ 00︰29 ❫

456 63 33
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Puteri Kodok⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Puteri Kodok
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai! ❤ tiada apa - apa yang Yayan minta, cuma nak korang enjoy dengan chapter ni! 🎀

Selamat membaca! 💌

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Malam pertama mereka di situ pun menjelang tiba. Kesemua kakitangan hospital termasuk Haneul sedang merehatkan diri dengan berbaring di tempat tidur mereka.

Ada sahaja yang berbual di luar sambil menikmati keindahan malam dan langit yang dipenuhi jutaan bintang. Ada juga yang terlebih dahulu terlena kepenatan.

Haneul yang sememangnya datang hanya untuk mencari pengalaman pula, sedang menonton movie di dalam telefonnya.

Di sini susah untuk mencari signal, hendak mencarinya pun kena pergi sedikit jauh. Namun mujurlah dia ada memuat turun beberapa movie di dalam telefonnya yang tidak pernah lagi dia tengok sebelum ni. Sekurang - kurangnya dapat menghilangkan rasa bosannya.

Dia tidak tahu berapa lama masa berlalu semasa dia menonton movie yang dia mula menontonnya ada pukul 9:30 malam tadi. Yang dia tahu ialah apabila tamat sahaja cerita itu, kebanyakan mereka sudahpun tidur termasuklah abangnya.

Jam telefonnya dikerling. 11:30 malam. Sudah lewat. Esok dia mahu bangun awal lagi. Bimbang tidak cukup tidur.

Telefon bimbitnya ditutup lalu diletakkan di tepi bantalnya, bersebelahan telefon Jimin.

Gadis itu bangkit dari tempat tidurnya lalu menyarungkan selipar ke kakinya.

Dia berjalan keluar dari dewan dan menuju ke belakang dewan, hendak ke tandas.

Walaupun cahaya agak samar - samar namun dia tidak berasa takut kerana masih ada beberapa orang lelaki yang sedang berbual di tepi dewan.

Haneul menolak pintu zink tandas itu. Matanya memerhati sekeliling tandas, bimbang jika terlihat apa - apa haiwan yang menggelikan. Sememangnya itu sudah menjadi tabiatnya sejak petang tadi.

Namun tiada apa - apa yang dilihatnya. Dengan langkah yang teragak - agak, Haneul melangkah masuk ke dalam tandas itu.

Dia terkaku mendengar bunyi katak sedang berbunyi. Secara automatik, bulu roma badannya berdiri tegak. Perasaan geli mulai menyerangnya membuatkan tubuhnya bergetar dan terkaku.

Namun tidak pada matanya yang memandang ke sana ke mari mencari dari mana bunyi itu datang.

Ong! Ong! Ong!

Matanya terbeliak melihat seekor katak kodok bersaiz sederhana sedang memandang tepat ke arahnya. Sedikit demi sedikit katak itu mula melompat ke hadapan.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now