❪ 00︰30 ❫

442 56 4
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Strange Woman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Strange Woman

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai! ❤ kita kembali ke chapter yang baharu. ✨

Yayan rasa terharu sangat bila ada beberapa orang tanya yayan, bila yayan nak update fanfic ni sedangkan yayan tak expect yang masih ada orang nak baca fanfic ni. 😭 thank you so much ❤


Thank you juga sebab sudi tunggu update dari author pemalas macam yayan ni 😂🥰 Hope korang enjoy chapter ni! ✨

Selamat membaca! 💌

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Malam pun mula menjelang. Para - para doktor selesai menikmati makan malam dan berehat setelah seharian penat membuat merawat penduduk kampung.

Tetapi itu bukanlah perkara yang menjadi beban buat mereka. Mereka sudah terlalu gembira kerana dapat merasa suasana di kampung seperti Jimin dan Haneul yang tidak mempunyai kampung sebegitu serta makan makanan yang sedap - sedap di sana.

Sepanjang merawat juga, kesemua penduduk ramah berbicara dan berbual membuatkan mereka tidak kekok untuk membuat kerja.

Haneul melemparkan pandangan ke arah abangnya yang baru saja balik dari bercakap telefon dengan appa mereka. Lelaki itu melabuhkan semula dirinya di sebelah tempat duduk adiknya.

Hari ini, Jimin dan rakan - rakannya tidak bercadang untuk membuat aktiviti masing - masing. Sebaliknya mereka bercadang untuk berkumpul dan berbual bersama - sama.

" Apa yang appa cakap? " Haneul membisikkan kepada abangnya sebaik sahaja lelaki itu kembali ke tempatnya.

Jimin tersenyum. " Apa cuma tanya macam mana Han dekat sini je, appa risau Han tak suka duduk sini. " Haneul mengangguk faham.

" Cakap dekat appa, Han okay je. Han suka duduk dekat sini. " Jimin mengangguk.

Telefon bimbitnya dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya sebelum meneruskan. " Appa ada bagitahu oppa, yang pembedahan eomma Jaehyun berjaya. Appa sendiri yang bedahkan. "

Teruja Jimin menyampaikan berita baik itu kepada adiknya. Ibubapa mereka pun sudah mengetahui hubungan Jaehyun dan Haneul, apa yang masih tersimpan rahsia adalah hubungan kekeluargaan mereka berempat dari kebanyakan orang.

" Jinjjayo?! Wah, leganya Han. " Senyuman lebar terukir di bibirnya, perasaan lega mulai menyelimuti hatinya.

Rasanya sudah seminggu atau dua minggu dia tidak dapat melawat orang tua lelaki itu kerana sibuk. Dan hatinya berasa lega dapat mendengar berita itu.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now