❪ 00︰26 ❫

447 65 12
                                    

Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan 😊

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan 😊

Ini new update untuk korang yang sedang bercuti dan sentiasa menunggu update dari fanfic ni ❤ salam maal hijrah, semua. Semoga tahun baharu kita ni dapat keredhaan daripada Allah SWT. ❤

By the way, Yayan nak pesan yang dekat chapter ii sebelum ni, banyak yang peningkan korang. Dan Yayan harap korang faham kesilapan Yayan yang tu 🙏

Terima kasih untuk semua yang sudi comment tu. Yayan akan cuba sedaya upaya untuk reply kesemua comment korang ❤

Selamat membaca! 💕

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

" Yoo Sae Tan! " Haneul yang baru sahaja melangkah keluar dari pintu lif melaung memanggil nama Sae Tan yang sedang menendang seorang jururawat secara bertubi - tubi.

Dia berlari menghampiri mereka dan menolak Sae Tan dengan kuat sehingga wanita itu terdorong ke belakang. Mujur saja dia berpaut pada meja, jika tidak, dia juga akan terlentang ke lantai.

Haneul memeriksa keadaan jururawat bernama Nami itu. Darah mengalir keluar dari mulutnya akibat tendangan itu.

Dahinya berkerut cuba menahan rasa sakit. Tangannya pula menghadang perutnya, bimbang disakiti lagi.

" Awak okay tak? " Si gadis bertanya dengan nada risau. Soalan Haneul tidak dibalas kerana jururawat itu sibuk mengerang kesakitan.

Pandangan dilempar ke sekeliling, cuba mencari orang yang boleh membantunya. Namun tiada siapa di situ melainkan mereka bertiga.

Tidak lama itu, sekumpulan doktor melalui koridor itu. Mungkin itu ialah doktor - doktor yang turut terlibat dalam acara mesyuarat tadi.

" Doktor! Doktor! " Haneul memanggil mereka.

Ketujuh - tujuh orang doktor itu segera mendekati Haneul dan Nami. Sae Tan pula berdiri kaku di situ, perasaan takut mulai menghurung dirinya.

" Kenapa dengan Nami? Macam mana boleh jadi macam ni? " Kebetulan, Doktor Jeon turut berada di dalam kumpulan doktor itu.

Berkerut dahinya melihat pembantu kepada Doktor Jung Hoseok, rakannya sedang terbaring meringkuk sebegitu. Dengan cecair merah yang tidak henti - henti keluar dari mulutnya apabila dia batuk.

" Saya baru sampai dan tengok cik ni tendang - tendang jururawat ni. " Jawab Haneul sambil menunjuk ke arah Sae Tan yang kaku di tempatnya.

" E-eh! B-bila masa aku pukul dia?! "

Jungkook melangutkan kepalanya, mengikut arah jari Haneul menunjuk. Wajahnya jelas kelihatan marah apabila dia melihat wajah kekasihnya di situ.

" J-jungkook, I-i tak buat pun. " Nafi wanita itu dengan nada terketar - ketar.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now