❪ 00︰14 ❫

1.4K 190 14
                                        

❝ penderitaan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

❝ penderitaan. ❞

winter butterfly┃vixx hyuk

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan ⛅

Yayan tak de nak cakap apa - apa, cuma nak minta korang enjoy 😊 and thank for 23K reads ❤

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

❝ jeon jungkook ❞

Dadaku terasa sempit dan membuatkan aku berasa sukar untuk bernafas. Genggaman pada jari jemarku diperketatkan, menahan rasa yang tidak dapat aku kenalpasti.

Oleh kerana benci melihat apa yang aku lihat, aku melangkah keluar dari wad milik Haneul selepas memberi amaran pada Mingyu.

" Kau dengar sini eh, Mingyu. Urusan aku dengan kau masih belum selesai. "

Aku melangkah keluar dari wad itu lalu menarik kasar pintu gelangsar itu sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

Dengan perasaan marah, aku menuju ke bilik rehat kongsianku dan enam orang lagi rakan sekerjaku.

Sama seperti pintu gelangsar di wad tadi, aku menghempas pintu bilik rehat itu juga dengan perasaan marah.

Jubah putih doktorku, aku tanggalkan lalu melemparnya ke arah meja berdekatan. Tong sampah yang berada di sisi meja itu pula aku tendang sehingga sampah di dalamnya bertaburan di atas lantai.

Rambutku kuak ke belakang dengan kasar manakala sebelah lagi tanganku mencekak pinggang. Rahangku ketap geram.

Aku langsung tidak faham kenapa aku bertindak dan beremosi sebegitu rupa. Yang pastinya aku langsung tidak suka akan Mingyu yang mendekati Haneul.

Dadaku terasa sempit melihat adegan mereka itu. Ya, aku membenci Mingyu sepenuh hatiku dan aku benci melihat dia gembira sebegitu.

Lihat sahajalah betapa lebarnya senyuman di wajahnya tatkala dia berbual bersama dengan Haneul.

Aku bencikan Mingyu yang sentiasa dapat perhatian dan aku juga benci akan semua orang yang berikan perhatian pada Mingyu.

Tidak cukup dengan appa, dia juga cuba meraih perhatian dari orang lain. Sememangnya aku bencikannya yang selalu berlagak baik sejak dulu lagi.

Dan disebabkan dia dan eommanya, aku dan eommaku sering disisihkan oleh appa. Kami bagaikan orang asing di mata appa.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang