❪ 00︰36 ❫

285 40 4
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Anak Kandung Jung Jaehyun⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Anak Kandung Jung Jaehyun
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

❀ ❀ ❀ ❀ ❀

Jungkook terdiam sebentar. Mungkin cuba untuk memikir apa soalan yang dia mahu tujukan pada Haneul. Namun lelaki itu mengeluh tidak lama itu.

" Saya tak tahu nak tanya apalah pada awak. Awak cubalah cerita apa - apa yang awak rasa nak cerita. " Utus Jungkook.

" Molla. Saya pun takda apa yang saya nak ceritakan pasal diri saya. Hari - hari yang saja jalani semuanya sama, takda yang istimewa. Kalau pasal saya pulak, awak dah tahu saya ni penganggur, adik kepada Doktor Park Jimin, seorang gadis yang dah berpunya. " Jari - jemari tangan kanannya ditutup satu demi satu seolah - olah sedang mengira berapa banyak perkara yang Jungkook tahu mengenai dirnya.

Senyuman lelaki berpangkat doktor itu sedikit memudar. Acuh tidak acuh sahaja dia menganggukkan kepalanya memyetujui kata - kata si gadis, lagi - lagi pada perkara terakhir yang dia ketahui— Haneul yang sudahpun mempunyai teman lelaki.

" Hmm.. Kalau macam tu, cuba bagi tips untuk ada hubungan yang bahagia macam awak dan teman lelaki awak tu. "

Kedua - dua lengannya diletakkan ke belakang badan. Matanya jatuh memandang kaki berkasutnya yang sedang melangkah. Tidak mahu menatap wajah riang yang ditunjukkan si gadis apabila dia menyebut tentang hubungannya dan teman lelakinya.

" Hubungan saya dan Jaehyun biasa - biasa je. Sama macam hubungan kekasih yang lain. Bergaduh lepas tu baik balik, memang perkara biasa je. But about tips bahagia tu eh? Hmm.. Saya tak tahu apa yang saya boleh kongsikan pada awak. Mungkin awak dah pernah dengar benda ni tapi bagi saya, benda ni betul juga bagi saya. Apa yang penting untuk sesuatu hubungan tu ialah saling bertoleransi. Dengan bertoleransi takkan buatkan sesuatu hubungan tu jadi keruh. Like.... Bila salah seorang tengah marah, seorang lagi kena jadi tukang calmer. Do you get it? " Lelaki itu mengangguk tanda faham.

Jungkook mengangkat kepalanya lalu memandang semula ke hadapan. Dia baru tersedar yang mereka sudah berada di tempat yang menjadi tarikan di taman itu sendiri iaitu berdekatan dengan tempat pancuran air terjun.

" Situ ada truck jual aiskrim. Awak nak tak aiskrim? " Lelaki itu menunding ke arah sebuah truck yang sedang menjadi kerumunan kanak - kanak kini yang menginginkan membasahkan tekak dengan aiskrim pada cuaca yang panas ini.

" Hmm! Boleh juga! " Angguk Haneul. Dia juga turut berasa dahaga dan ingin membasahkan tekaknya setelah penat berjalan di bawah panas matahari terik itu.

" Okay, kalau macam tu, kita duduk dekat bangku tu dulu. " Mereka berdua berjalan ke arah bangku yang ditunjuk Jungkook. Bangku itu terletak tidak terlalu jauh dari truck aiskrim itu.

" Awak duduk dekat sini sekejap sementara saya pergi beli aiskrim tu. Awak nak aiskrim apa? " Soal Jungkook pada Haneul yang sudahpun melabuh duduk di bangku itu.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now