❪ 00︰16 ❫

1.5K 193 18
                                        

❝ biadap ❞

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

❝ biadap ❞

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Assalammualaikum dan hai! ⛅ hope korang berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan ❤

Maaflah edit untuk fanfic ni lama sangat. Yayan nak kena susun ni, susun tulah. Lepas tu nak tambahkan scene sikit 😭🙏

Enjoy Your Reading! 🍒

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

❝ park jimin ❞

Tamat sahaja shift malamku tepat pada pukul 7 pagi, aku terus ke wad yang diduduki adikku selepas menyalin pakaianku. Aku turut membersihkan diriku terlebih dahulu sebelum ke wadnya.

Pintu gelangsar aku serek ke tepi dengan perlahan. Risau seandainya ianya akan mengejutkan adikku yang masih tidur.

Aku melangkah masuk ke dalam wad lalu menutup semula pintu wad itu. Katil hospital yang bercadar putih itu aku hampiri.

Wajah tenang milik Haneul ditatapku. Selalunya aku tidak berpeluang untuk berbuat sebegitu di atas sebab - sebab yang tertentu.

Selimut yang membaluti tubuhnya aku perbetulkan agar dia tidak kesejukan.

Rambut yang menutup dahinya aku usir dengan tanganku lalu menyelitkannya ke belakang telinga. Ibu jariku mengusap lembut pipinya.

Aku menundukkan sedikit tubuhku lalu mendaratkan bibirku ke dahinya, lama. Selalunya appa yang gemar berbuat begitu setiap kali berjumpa dengannya.

Bibirku ditarik semula dari dahinya. Kerusi yang ada berdekatan aku tarik lalu melabuhkan punggungku ke situ.

" E-eo, oppa? " Mataku melangut memandang ke arah adikku yang tersedar.

Haneul menggosok matanya menggunakan kedua - dua tangan yang digumpal.

" Hmm. Han dah bangun? " Soalku, blanketnya aku perbetulkan kerana sedikit terselak disebabkan pergerakannya.

Suhu pagi yang lembab pasti sahaja membuat dia berasa dalam kesejukan walaupun tidak tidur dengan penghawa dingin yang terpasang.

" Eo. Oppa buat apa dekat sini? " Haneul menyoal lagi dengan suara seraknya. Sememangnya gadis itu amat manja denganku walaupun boleh dikatakan hari - hari kitorang bergaduh.

" Oppa baru habis kerja. Memandangkan esok Han dah nak balik, oppa rasa nak teman adik oppa ni. " Belakang tangannya aku usap lembut.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang