Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Hospital ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai 😊 setahun sudah sejak yayan update mana-mana fanfic, semuanya disebabkan tahun lepas adalah tahun yayan menduduki SPM.
Terlebih dahulu, yayan ingin memohon maaf untuk sesiapa yang setia menantikan update dari fanfic yayan. Maaf sebab mengambil masa yang lama untuk update. Dengan masa yang ada sebelum keputusan SPM keluar ni, yayan akan cuba untuk update sebanyak yang mungkin tapi yayan minta maaf kalau tak banyak yang yayan update 🙏🏻
Yayan berusaha untuk update ni untuk korang yang masih menunggu 😊❤
Selamat Membaca! ✨
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
" Haneul ni sebenarnya orang mana? " Pertanyaan Encik Jeon menjadi pembuka perbualan mereka sewaktu semua orang duduk di kerusi di halaman rumah mereka.
Acara minum petang diadakan di halaman rumah memandangkan cuaca hari itu sangat baik.
" Han memang orang sini je, abeonim. Eomma dengan appa pun lahir dekat sini je. " jawab Haneul, berbasa-basi.
Matanya tidak lari daripada memandang Mingyu dan Jungkook yang sedang bermain dengan kucing peliharaan Mingyu yang diberi nama Casper itu.
Mereka terlihat sangat comel bersama dan apabila mereka bersama, mereka seolah-olah kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh dua orang lelaki dewasa kerana sentiasa mengusik satu sama lain.
Mungkin ini semuanya kerana kedua-dua lelaki itu membesar dengan membencikan satu sama lain sewaktu kecil. Ego mereka telahpun menjadi dinding untuk mereka bersama dan berbaik.
Bertahun lamanya bermusuhan dan tiada sesiapa yang ada untuk dipersalahkan kerana ianya bermula dari salah faham.
Mujurlah masa menjadi tidak terlalu lambat untuk mereka berdamai dan hidup seperti adik-beradik yang lain walaupun bukan adik-beradik kandung.
" Geuraeguna. Kamu masih belajar ke, kamu nampak jauh lebih muda dari mereka berdua? " Pandangan Haneul beralih kepada Encik Jeon dan Puan Jeon yang duduk bersebelahan di hadapannya.
" Aniya. Saya dah tiga tahun menganggur sejak habis sekolah tinggi, abeonim. Saya 22 dan dah nak masuk 23 tahun. Nak kerja pun tak boleh, apatah lagi belajar. Keluarga tak benarkan. " Haneul melepaskan keluhan panjang dalam diam.
Walaupun dia senang kerana tidak perlu bersusah-payah belajar mahupun bekerja, dia tetap teringin melakukan semua benda itu walaupun sekali. Tapi ibu bapa dan abangnya sendiri yang mengatakan bahawa dia tidak perlu untuk melakukan sebegitu lagi-lagi Jimin.