❪ 00︰06 ❫

1.5K 259 24
                                    

❝ siblings

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ siblings. ❞

new dream┃nct u

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Please enjoy your reading 😁❤

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Monitor degupan jantung berbunyi memenuhi dewan bedah yang sunyi. Kesemua doktor dan pembantu bedah sibuk mengfokuskan diri dalam menjayakan pembedahan ke atas Park Haneul.

Haneul mempunyai dua faktor yang menyebabkan dia terpaksa dibedah, pertama ialah darah yang beku di otaknya itu harus dikeluarkan dengan segera agar dia tidak mengalami apa - apa gangguan pada otaknya manakala sebab kedua ialah kerana serpihan kaca besar yang sudah tertikam di perutnya.

Kerana itulah Jungkook mengumpulkan dua orang rakannya yang merupakan antara doktor pakar bedah yang hebat di Seoul iaitu Doktor Namjoon dan Doktor Taehyung.

Masing - masing mereka hebat dalam bidang sendiri dan jika mereka disatukan dalam satu dewan bedah kemungkinan besar pesakit yang mengalami penyakit kronik mampu sembuh.

Namjoon dan Taehyung akan membedah perut pesakit untuk mengeluarkan serpihan kaca yang mereka masih belum dapat tahu berapa banyak yang telah timbus ke dalam perutnya dan Jungkook pula akan mengeluarkan darah beku yang terkandung di otak Haneul.

Hampir dua jam 3 orang doktor itu berperang dengan alatan - alatan bedah, pembedahan sudah hampir tamat.

" Cik Hwang, periksakan degupan jantung pesakit. " Arah Jungkook sambil memandang ke arah Jururawat Hwang yang menjaga monitor degupan jantung.

" Semuanya normal. " Jawab wanita itu yang juga merupakan pembantu kepada Taehyung.

" Puan Hong, periksa kepekatan darah yang masuk ke dalam badan pesakit. " Giliran Cik Lee iaitu pembantu Jungkook pula disoal oleh Namjoon.

" Semuanya normal. " Mereka bertiga mengangguk sesama sendiri memberi isyarat yang hanya mereka saja mengetahuinya.

" Sediakan alat jahitan. " Taehyung memberi arahan.

" Alatan menjahit sudah disediakan! " Seorang pembantu doktor lelaki menyahut kepada arahan itu.

Jururawat buat ketiga - tiga doktor itu pantas menyediakan alat menjahit untuk kemudahan para - para doktor kardiotoraks itu.

Tangan pantas, ligat dan cekap milik seorang doktor akan mempercepatkan lagi pembedahan yang dijalankan. Buktinya dalam masa 30 minit saja mereka sudah siap menjahit luka yang dibedah.

Guntingan pada benang berlebihan menjadi acara penamat untuk pembedahan yang lancar itu. Semua yang berada di dalam dewan bedah itu menghembuskan nafas lega apabila mereka sekali lagi berjaya menyelamatkan pesakit.

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Where stories live. Discover now