❪ 00︰00 ❫

3.4K 400 180
                                        

❝ prolog

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

❝ prolog.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Maaf jika terdapat sebarang typo atau prolog ini terkandungnya kehambaran.

[ Disclaimer ]

Saya ingin memohon maaf jika terdapat persamaan jalan cerita, watak dan sebagainya. Buku ini diterbitkan saya dengan keseluruhan idea yang datang dari saya tanpa ada niat untuk meniru jalan cerita dari penulis lain ✨

Ringan - ringankanlah tangan korang untuk komen 😊 jasa korang sangat dikenang. ❤

Harap anda menikmati & menggemari buku - buku saya 🌸

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

❝ Beberapa hari lagi dari sekarang, awak sudah boleh keluar dari hospital ni. Luka awak pun sudah semakin baik. ❞ Doktor Jeon berkata sambil matanya tidak lari dari menatap rekod kesihatan milik Haneul.

❝ Saya dah boleh balik? Ala, doktor! Tak boleh ke kalau saya duduk sini terus? ❞ Haneul yang mendengar kata - kata doktor yang sudah menjadi cinta hatinya itu, mula merungut.

❝ Haneul, awak fikir hospital ni rumah penginapan ke? Boleh duduk lama - lama dekat sini. ❞ Doktor yang berupa paras kacak itu sabar melayani karenah pesakitnya yang manja itu.

Inilah kali pertamanya berjumpa dengan seorang pesakit sebegini selama hampir 4 tahun dia menjadi doktor sejak graduasi dari bidang kedoktoran.

❝ Nanti macam mana saya nak jumpa doktor yang handsome macam awak lagi? ❞ Pesakit itu memuncungkan bibirnya sambil memandang Doktor Jeon yang sedang memandangnya.

Doktor itu tidak menjawab. Hanya keluhan dan gelengan sahaja yang menjadi respon kepada pesakit itu.

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

❝ DOKTOR! ❞ Jeritan Haneul membuatkan doktornya, Jeon Jungkook tergopoh - gapah ke arahnya.

❝ Kenapa? Luka awak terbuka balik ke?! ❞ Doktor Jeon bertanya dengan risau sambil menyelak sedikit baju hospital yang dipakai Haneul untuk melihat lukanya.

Namun Haneul sempat menahan tangan berurat itu dari menyelak. Tangan Doktor Jeon dipegangnya.

❝ Bukan luka saya yang sakit doktor.. Tapi, jantung saya ni yang sakit. ❞ Wajah sayunya dipamerkan membuatkan doktornya menjadi risau.

❝ Kenapa? Macam mana jantung awak pulak boleh sakit? ❞ Berkerut dahi doktor itu, hairan dengan apa yang telah jadi.

❝ Saya pun tak tahulah. Bila tahu yang saya mungkin tak dapat tengok wajah kacak doktor lagi, jantung saya rasa sakit sangat.. ❞ Tangannya dilekapkan ke dadanya.

❝ Haish, awak ni! Saya yang boleh dapat heart attack dengan perangai awak ni! ❞

⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈

Maaflah kalau prolog ni agak clichè 😂 aku akan cuba yang terbaik untuk jadikan fanfic ni yang terbaik ❤

© ALL RIGHT RESERVED
_chaefreude
❝ edited ; 25 Disember 2019 ❞

𒆜 𓊈전정국𓊉 𐪟 DOCTOR JEON ⩩Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang