Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝ Yoo Sae Tan ❞
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Assalammualaikum dan hai! ❤ welcome back to another chapter! 🌸
Please enjoy your reading! 🙏
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Sehari sudah berlalu sejak hari di mana Haneul membuat pertemuan kembali dengan wanita biadap yang dilanggarnya itu. Sakit hati sememangnya sakit namun dalam masa yang sama, dia juga pas kerana berjaya mengenakan wanita itu kembali.
Hari ini sekali lagi Haneul bercadang mahu ke hospital dengan niat mahu berjumpa dengan Hwayoung, jururawat yang pernah merawatnya merangkap pembantu kepada Jungkook.
Pintu rumah ditutup sebaik sahaja dia membolos keluar. Pintu rumah dikunci memandangkan Jimin tiada di rumah hari ini kerana keluar bersama dengan Namjoon dan Hoseok, yang akan masuk kerja seperti biasa pada minggu hadapan.
" Cik Han, Cik Han nak ke mana harini? " Pengawal keselamatan bertanya kepadanya.
Melihatkan anak gadis majikannya yang sedang menuju ke arah kereta miliknya membuatkan dia keluar dari pondok untuk bertanya.
" Oh, ahjusshi! Harini Han nak keluar berjumpa dengan kawan sekejap. Jangan risau, dia pekerja dekat hospital jugak. " Haneul membalas sambil menguntumkan senyuman.
" Yelah, Cik Han pandulah kereta baik - baik, ya. Kalau ada apa - apa, Cik Han boleh saja telefon saya. " Pesannya.
" Nae, jangan risau. Ahjusshi tu pun, jaga diri. Saya pergi dulu, ya. " Usai mengucapkan selamat tinggal, Haneul membolos masukkan dirinya ke dalam perut keretanya.
Haneul memandu perlahan di kawasan kejiranannya dan sebaik memasuki jalan besar, kereta milik gadis itu meluncur laju menuju ke hospital.
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Derapan tumit tinggi yang memasuki lobi hospital telah menarik perhatian ramai orang. Figuranya diperhatikan bagaikan seperti dilihat.
Mungkin sahaja ada di antara orang yang memerhatinya itu ialah orang yang sama yang telah menyaksikan pergaduhan di antaranya dan 'wanita biadap' itu semalam.
Dan dia benar - benar pasti yang anggapannya itu benar apabila telinganya dapat menangkap bisikan berhampirannya.
" Dia nilah yang bergaduh dekat sini semalam dengan perempuan gedik tu. Apalah yang akan jadi kalau diorang berjumpa balik harini? "
Namun dia tidak membuat apa - apa reaksi untuk perkara yang didengarinya. Sebaliknya dia hanya meneruskan langkahnya ke arah lif.