Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ until we meet again ❞
euphoria (piano ver)┃bts jungkook.
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Nak pesan, yang tahu tu tajuk drama (title chapter) apa, jangan cakap 🌚😂 aku tahu P'Dean hensem 😌❤ (AMARAN! jangan google 😂)
Please enjoy your reading! 😁❤
❤💛💙💚💜
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
❝ Jeon Jungkook ❞
Aku membawa gadis yang bernama Haneul itu ke bilik pejabatku. Mahu bawanya ke bilik rehat kang lain pula jadinya.
Ditambah pula ada enam orang lelaki miang tu, memang taklah aku nak bawa gadis molek macam dia ni ke sana.
Tombol pintu bilikku berjaya juga dibuka walaupun payah disebabkan tidak cukup tangan.
Pintu ditutup dengan menolak kaki sebaik saja aku membolos masuk. Aku membawanya ke sofa sebelum perlahan - lahan meletakkannya di atas permukaan empuk itu.
Aku memandang wajahnya yang dari tadi terdiam. Terhambur tawaku apabila dia memandangku tanpa berkelip.
" Yah! Awak okay tak? Kenapa awak tak berkelip ni? Ada nampak muka saya ni macam hantu ke? " Soalku. Jari telunjuk aku tunding ke mukaku sambil ketawa.
" Taklah. Awak nampak macam bidadara. " Aku terkedu mendengar jawapannya.
Dia masih lagi terkaku. Wajahku larikan dari memandang wajahnya dan aku cuba melepasinya untuk mengambil peti kecemasan untuk merawat kakinya yang terseliuh kerana terlanggar aku tadi.
Entah dia sedar atau tak yang dia tengah sakit tu. Sebab entah kenapa kusyuk sangat dia pandang aku.
Agak awkwardlah juga bila orang pandang kau lama - lama, kan? Haha.
" Arghh! " Jeritannya secara tiba - tiba mengejutkan aku.
" Kenapa? Kenapa?! " Gelisah aku melihat dia yang sedang menahan kesakitan.
" Awak tersepak kaki sayaaaaa... " Aku menepuk dahi.
Adoi kau, Jeon Jungkook. Baru je cakap kaki dia sakit, kau tambahkan pula sakit dia.
" Mianhae, Haneul-ah. " Pintaku. Aku bergegas ke arah peti kecemasan sebelum berlutut di hadapannya.
Kakinya yang berada di lantai, dengan perlahan aku mengangkat dan meletakkannya di atas meja kaca yang berada di tengah - tengah kedudukan sofa.