Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
❝ kemalangan. ❞
jamais vu┃bts.
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Please enjoy your reading! 😁❤
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
Dua minggu telah berlalu sejak perjumpaan Haneul dan seorang doktor yang berupa paras kacak yang bernama Jeon Jungkook itu.
Haneul yakin yang hari itu merupakan hari pertama dan terakhirnya berjumpa dengan lelaki itu. Tiada sebab lagi untuk mereka bertemu semula.
Hari ini merupakan hari di mana eomma, appa dan oppanya berehat di rumah setelah beberapa minggu mereka bertungkus - lumus merawat pesakit di hospital.
Namun malangnya apabila dia sudah merancang untuk keluar bersama dengan rakan - rakannya kerana sudah beberapa bulan mereka tidak keluar bersama disebabkan kesibukan masing - masing setelah keluar dari alam persekolahan.
Gadis itu keluar dari biliknya setelah hampir sejam bersiap di dalam biliknya.
Kelihatan Puan Park, Tuan Park dan Jimin baru saja selesai menikmati makan tengahari yang dimasak oleh eommanya sendiri, Puan Park.
" Ha, Han! Han taknak makan dulu ke sebelum pergi? " Appanya yang baru saja mengelap mulutnya dengan tisu itu memandang ke arah anak gadisnya.
Haneul memandang lelaki berusia itu sambil menggeleng. " Tak pelah, appa. Kejap lagi Han makanlah dekat sana. Kawan - kawan Han pun rancang nak makan tengahari sekali. " Jawabnya sambil tersenyum.
" Yelah. Pergi elok - elok. Lepas dah puas berjumpa tu, terus balik. Pastikan balik sebelum pukul 7 malam. " Eommanya berpesan kepada anak gadisnya itu.
" Arasseo, eomma. Han balik awal. Oppa, kaja. " Haneul memeluk lengan sasa Jimin yang sedang bermain telefon pintarnya.
Pemergian kedua orang anak mereka itu diperhatikan oleh ibu bapa mereka yang menggeleng.
" Han ni, masih tak habis - habis dengan perangai dia tu. " Ujar Tuan Park sambil mengeluh.
" Macamlah awak tak tahu macam mana perangai anak perempuan awak tu. " Puan Park ketawa kecil mendengar keluhan suaminya.
⎈ ⎈ ⎈ ⎈ ⎈
❝ Park Haneul ❞
Jimin oppa menghentikan keretanya di tepi jalan besar di mana stesen bas di tempatkan.
Tali pinggang keledar aku buka dari terus membaluti badanku. Pintu kereta aku buka tanpa berkata apa - apa.