BAB 1

704 37 4
                                    

5 tahun sudah berlalu Zureen Erina masih menunggu Haziq Daniel menghabiskan pelajarannya di Melaka. Sehingga kini, Zura tidak dapat mendengar apa- apa berita tentangnya.

Zureen setia orangnya, apatah lagi kepada kekasihnya. Sepanjang perkenalan mereka, Zureen tidak pernah keluar bersama lelaki lain selain Haziq. Jika Zureen mahu keluar bersama lelaki, walaupun sekadar rakan biasa pasti dia mengajak Hilya Zaharah keluar bersama mereka.

Dia sudah mencari Haziq di merata tempat termasuk socmed, begitu juga dia menanyakan kepada rakan Haziq. Namun, tiada seorang pun yang tahu Haziq berada dimana. Pencarian Haziq tetap diteruskan, walau bagaimana
Pun Zureen mahu mencari kekasih nya yang hilang.

En. Mustafa dan Pn. Rafiqa adalah ibu bapa kepada Zureen yang terpaksa memberitahu kepada Zureen tentang Haziq sudah bertunang dengan pilihan hatinya. Haziq mahu merahsiakan perkara ini supaya tidak mahu melukakan hati Zureen.

Berita itu sudah didengari oleh Zureen sendiri, sejak kejadian itu dia seakan tidak percaya lagi kepada Haziq.

Bibirnya tidak mampu untuk berkata - kata, ia seperti mengunci mulutnya daripada berbicara, hanya air mata sahaja yang membuatkan dirinya puas.

Sebagai ibu, Pn. Rafiqa mengusap - usap belakang badan Zureen yang sedang bersedih. "Istighfar sayang..." itulah kata - kata yang boleh meyedapkan hati Zureen.

Akibat terlampau sayang dan cinta kepada Haziq, dia tidak mampu untuk melupakan segala memori yang mereka sudah bina selama 3 tahun.

Waktu makan malam, En. Mustafa dan Pn. Rafiqa mengetuk pintu bilik Zura untuk mengajaknya makan malam bersama - sama. Zureen membuka pintu dengan perlahan.

Kedua - dua mata Zureen sudah menjadi sembab. Kini, matanya seperti panda hitam dibawahnya. Badannya agak lesu dan tidak bertenaga, bibirnya jugak terlihat pucat akibat tidak makan sejak mendengar berita tersebut.

"Zureen jom makan." kata Pn. Rafiqa.
Zureen hanya mengelengkan kepalanya tanda dia tidak ada selera makan.

"Ayah, boleh tak Zureen pergi holiday. Seminggu je."

"Holiday mana?." tanya ayahnya.

"Tak plan lagi"

"Hmm, yelah. Pergi seorang ke?."

"May be, sorang."

"Ayah tak kisah, kamu pergi sorang. At least, ajak Hilya temankan kamu."

"In Sya Allah, kalau dia tak busy"

"Tapi, yang penting jaga diri"
Pesanan dari ibu yang tercinta.

"In Sya Allah, ibu.."

"Betul ke tak nak makan?" sekali lagi Zureen menggelengkan kepalanya.

Pintu bilik Zura ditutup semula, dia mencapai telefon pintar yang berjenama Huawei lalu dia menghantar mesej kepada Hilya untuk mengajaknya ke suatu tempat.

"Hilya, kau belum ke?"

"Belum lagi. Kenapa?"

"Esok, kau busy tak?."

"Ada apa-apa ke?."

"Kalau tak busy, teman aku holiday jom!"

"Macam best, dekat mana?."

"May be, dekat goldcoast."

"Ya Allah beb!. Aku lupa!. Esok aku balik Sabah, sepupu aku kahwin. Sorry tak dapat teman kau!."

"It's okay. So, aku pergi sorang lah ni."

"Jangan sedih - sedih. May be next time ok?."

"Aku ok je. Nanti sampai sana aku update."

"Ok, bye!".








Renungan RinduWhere stories live. Discover now