BAB 7

146 12 0
                                    

Pada hari jumaat yang mulia ini, khemah didirikan di kawasan perumahan Keluarga Zureen. Kaum wanita dibelakang rumah sedang menyediakan pelbagai jenis bahan masakan untuk memasak dan diberikan kepada kaum lelaki. Masing-masing mengambil bahagian dalam menguruskan majlis pertunangan antara Zureen dan Farhan. Zureen juga turut membantu mereka supaya ia selesai sebelum majlis bermula pada pukul 10:00 pagi begitu juga dengan rakan karibnya, Hilya.

Sepupu Zureen memberitahunya bahawa jurusolek sudah tiba dan ibu menyuruhnya bersiap dengan segera manakala mereka menyambung semula kerja masing-masing sambil bersembang serta bergelak ketawa. Sesudah dia bersiap bersolek dan memakai baju pertunangan dia sudah bersedia untuk menerima orang baru dalam hidupnya. Dia yakin dengan keputusannya walaupun dia agak sedikit kecewa dengan perbuatan Farhan yang tidak berbincang dengannya terlebih dahulu. Ayah dan abang menyambut tetamu yang hadir dihadapan pintu masuk sambil bersalam.

Beberapa minit kemudian, terdapat 4 buah kereta menyusuli ke perkarangan rumah mereka. Keluarga Farhan turun dari kereta beramai ramai sambil memberi salam kepada En. Mustafa dan Syafiq lalu berjabat tangan dengan sesama mereka. Tidak lupa pada hantaran yang telah dijanjikan. Tuan rumah mengalu-alukan kedatangan mereka dengan sopan dan berbudi bahasa lalu hantaran diletakkan dibawah secara berhati-hati serta disusun rapi. Selesai acara berbagi dan membalas pantun dengan bertukar-tukar pendapat antara mereka mengenai mas kahwin, hantaran dan lain-lain lagi. Dan acara terakhir, menyarungkan cincin tunang dijari manis Zura. En. Mustafa menyuruh isterinya memanggil anak perempuannya turun ke bawah untuk acara tersebut.

Baju kurung moden berwarna merah jambu dipakainya, dan bertudung shawl berwarna kelabu dililitkan diatas kepala dengan gaya yang biasa tetapi terlihat cantik dimata Farhan. Mereka menurun tangga dengan berhati-hati dan debaran yang dialami oleh Zura kian amat dirasai olehnya lalu dia duduk bersimpuh dengan sopan.

Zureen terlihat Farhan lalu dia terkejut apabila Farhan memakai baju kurta Samer dari primavalet berwarna kelabu gelap dan mereka tidak menyangka warna baju antara Zureen dan Farhan sama warna. Tengku Sarimah iaitu ibu kepada Farhan datang dan duduk berhadapan dengan bakal menantunya lalu mengambil sebentuk cincin tunang. Zureen menghulurkan tangan kanan dan disarungkan cincin dijari manisnya sesudah itu dia menyalam dan mencium tangan Tengku Sarimah iaitu ibu kepada Farhan dan juga Najwa.

Seterusnya, mereka menangkap gambar bersama-sama dengan bakal keluarga mertua Zureen sambil tersenyum melihat mereka berdua yang sangat sepadan manakala Zureen mahu berjumpa dengan Farhan kerana ingin bercakap sesuatu secara peribadi. Farhan sedang membaca mesej yang dihantar oleh bekas kekasihnya sambil menyandarkan tubuhnya didinding rumah Zureen.

"Baby!. u dekat mana?. U, okay ke tak?." mesej Durrah. Dia tidak membalas sepatah perkataan pun setiap kali Durrah menghantar mesej kepadanya. Dari belakang Zureen mengetuk kepala Farhan menggunakan songkok kepunyaan abangnya dan Farhan meronta kesakitan.

"Aduh!. Sakitlah!." jerit Farhan

"Ha tahu pun sakit!. Ini lah padahnya tak discuss dengan saya dulu!." benggang Zureen.

"Tak discuss apanya?!. Kau setuju ke, kalau pertunangan ini dipercepatkan?." kening Farhan diangkat.

"Mungkin kalau awak discuss dengan saya dulu, mungkin saya setuju..." malu zureen.

"Plan aku, suka hati aku lah!." lalu berbalas mesej dengan seseorang.

"Chat dengan girlfriend ke?."

"Tak ada lah, dengan isteri pertama aku." sakat Farhan dan Zureen tertawa dibuat-buat.

"Haha, lawak nya. Tipu, saya nampak lah and saya faham." kemudian kembali serius.

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang