BAB 33

103 10 0
                                    

"Tahniah dapat menantu!" teruja seorang wanita lingkungan 30-an itu apabila bercakap melalui telefon pintarnya.

Tengku Laila berfikir sejenak. Akhirnya, Farhan mengikuti permintaan terakhirnya untuk bernikah dengan gadis pilihannya. Dia menghela nafas lega. Kembali bersikap dingin disaat 2 orang suruhannya mengawal

2 orang suruhannya mengawal ketika dia bercakap bersama ketua mereka, ia membuatkan dia bersikap dingin. Seorang mengawal tubuhnya daripada mencapai telefon pintar yang berada di tangan kawannya. Seorang lagi tukang mendekatkan mic telefon ke arah Tengku Laila.

"Hey! Kau jangan sentuh menantu aku!" tegas Tengku Laila.

"Malangnya, aku dah pun sentuh menantu kau. Cantik, bijak, pandai kau pilih. Orang kata apa, the real beauty with brain !" ketawa sinis wanita tua itu.

"Kalau kau tak puas hati dengan aku lagi, settel dengan aku aja lah! Jangan libatkan diaorang! Diaorang tak bersalah!"

"Siapa kata diaorang tak bersalah?"

"Kenapa kau kurung aku lama-lama?! Baik kau bunuh aja aku! tak ada faedah lah kau kurung aku lama-lama macam ni!"

"Kenapa? Dah tak sabar nak jumpa malaikat maut? Sabar, aku nak tengok anak dengan menantu kau selamatkan kau buat kali yang terakhir. NI baru permulaan, aku nak tengok juga lah sejauh mana menantu kau ni bijak? Boleh ke, dia selamatkan kau hidup-hidup? Entah-entah dia biar aja kau mati. Kasihan. Baik kau solat taubat banyak-banyak yer." lalu putuskan panggilan.

Tamat panggilan tersebut, Tengku Laila meracau-racau masih banyak pertanyaan yang bermain di fikirannya. Salah seorang mencapai jarum penyuntik menyuntik botol ubat penenang. Selepas ditarik keluar dari botol yang bersaiz kecil lalu, menyuntik di pergelangan tangan Tengku Laila. Ubat itu mengalir dengan pantas dan dia rebah, tidak berdaya melawan mereka. Mereka membiarkan Tengku Laila pengsan seorang diri di dalam bilik dan mengunci pintu bilik tersebut.

Najwa tertidur sebentar di samping merehatkan tubuhnya setelah sehari suntuk dia berjalan bersama rakan-rakannya. Tiba-tiba dia mengalami mimpi buruk tentang ibunya lalu terjaga dari tidur.

"Ibu!" meletakkan tangan kanan ke dada sambil beristighfar.

Kemudian, dia pergi membersihkan diri lalu solat fardhu asar. Berdoa supaya tuhan melindungi ibunya dan terhindar daripada segala bencana.

Tuala mandi dijadikan tudung, dia mengepit tuala di bawah dagu menggunakan tangannya sendiri. Mata terbuka luas, melihat 2 buah beg bagasinya sudah tiada di atas katil. Di sisi mahupun di bawah katil 2 beg bagasi tiada di situ, hanya bertemankan serpihan habuk sahaja. Pintu almari dibuka terdapat beberapa penyangkut baju dan beberapa helai baju t-shirt milik Farhan disangkut kemas lalu ditutup kembali. Kali terakhir dia memonggah untuk mengambil baju di atas katil. Siapakah yang berani mengalihkan begnya sedangkan pintu bilik ditutup rapat?

Pintu dikuak perlahan dan memeriksa di hadapan biliknya, tidak mungkin 2 beg bagasi miliknya mempunyai kaki. Mata tertancap pada pintu bilik Farhan yang terbuka sedikit lalu bergerak ke arah sana. Memandang dengan kepala di hadapan dan membongkok. Dia mengerling ke kanan dan ke kiri bahawa Farhan tiada di situ bahkan dia terdengar bunyi semburan air dari shower di dalam bilik mandi.

Zip ditutup kemas dan disusun rapi berhadapan kaki katil milik Farhan. Menilik warna serta saiz kedua-dua buah beg bagasi itu. Sah! Itulah beg bagasi miliknya yang dicari-cari. Dengan pantas dia berjalan mendekati beg tersebut. Salah satu beg diangkat dan meletakkan di atas katil untuk mencari sesuatu. Sementara Zureen mencari tudungnya yang dicampak ke atas baju-bajunya di dalam beg, tiba-tiba Farhan keluar dari bilik mandi. Terpandang Zureen membelakanginya cukup membuatkan dia terperanjat hingga gugur jantungnya. Dia mendiamkan diri sambil tersengih sekali gus Zureen tidak sedar akan kehadirannya di belakang.

Renungan RinduWhere stories live. Discover now