BAB 37

79 9 0
                                        

DALAM sibuk bekerja, pen ditangan untuk memeriksa semula dokumen terhenti seketika. Ada sesuatu yang mengganggunya. Bayangan raut wajah isterinya telah bersarang di akal fikiran. Sakit memendam rindu yang sangat mendalam itu. Sunyi rasanya bila tidak mendengar sindiran Zureen. Meski lidah tajam Zureen tambahan pula omelan darinya membuatkan dia semakin tertarik akan sifat keperibadian Zureen. Telefon berada dekat di hadapannya. Merenung lama melihat skrin telefon. Lantas dia membuat panggilan video.

Usai berdoa, kedua tangan meraup ke wajah. Telinga menangkap deringan pemanggil. Segera mendapatkan telefonnya di atas meja lampu dan dia melabuhkan punggung di atas tilam empuk. Disaat memeriksa nama yang tertera di skrin, dia mencampakkan telefonnya ke arah bantal di sebelah kiri. Kening bercantum dan ini membuatkan darah naik menyirap.

"Hish! Gila ke apa dia ni? Buat video call pulak!" mengomel Zureen sendirian. Disebabkan tugas si isteri melayani suami jadi, terpaksa menjawab panggilan video dari suaminya. Telekung ditubuhnya menjadi sarungan dikepala untuk menutup aurat.

"Assalamualaikum. Terkejut sangat ke sampai campak telefon? Kesian telefon tu." ketawa kecil. Senyum Zureen dengan senyuman palsu.

"Waalaikumussalam. Kesian kan dekat telefon ni, tak buat salah pun kena campak. Tapi yang salah tu awaklah! Kenapa tak bagitahu saya dulu nak video call? Kalau saya dalam bilik air, macam mana?"

"Angkat jelah."

"Hesy! Gatal! Kenapa awak call saya ni? Ada masalah ke? Family saya ok je kan?"

"Tak, alhamdulilah semuanya okey. Family saya pun okey. Tapi saya je..." Zureen segera mencelah. Muak bila Farhan akan mengungkapkan perasaan itu.

"Erm. Dah, dah, dah. Saya tak nak dengar semua benda tu."

"Dengarlah dulu. Saya..."

"Hi my future husband!" Durrah terjah masuk bilik Farhan. Terlihat Farhan sedang memuat panggilan video bersama seseorang. Mulut dikemam rapat. Dengan selamba duduk di hadapan Farhan.

Berubah air muka Zureen. Namun dia tetap memberikan reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Awak, saya... nak rest. Nanti kita sembang lagi."

"Tak nak cakap apa-apa lagi ke?" berharap Zureen akan ungkapkan 3 perkataan istimewa yang sering pasangan gunakan pada pasangan mereka.

"Jaga solat. Tu je, assalamualaikum." senyum Zureen lalu meletakkan gagang telefon.

Farhan sedikit kecewa dan dia mengerti mengapa Zureen tidak mengungkapkan 3 perkataan itu sekarang. Ada 2 alasan di benak fikiran. Sama ada waktu atau ego.

Durrah mengetap bibir. Mungkin menahan ketawa dek kerana Zureen tidak mengerti apa yang Farhan harapkan. Perbualan akhir mereka terngiang-ngiang dalam kepala. Dia sudah tidak tahan. Akhirnya Durrah mengeluarkan ketawa perlahan. Walaupun perlahan namun, jelas di telinga Farhan.

Nasihat Zureen ringkas, tetapi berbekas hati Farhan. Tambahan pula, manusia seperti dirinya. Tetapi itu bukan bermaksud dia kecewa atau terasa hati. Masalah yang membuatkan naik angin pabila Durrah menganggap itu satu gurauan. Keluhan nafas Farhan dilepaskan. Pandang tepat ke bebola mata Durrah.

"Hei! Siapa suruh kau duduk?"

"I duduk atas kerusi, bukan paha you. Sedihlah tengok you ni. Benda simple macam tu pun, dia tak faham lagi kan?" lagak Durrah.

"At least dia tegur aku pasal agama. Kau? Lagi buat maksiat."

"Bangkai busuk tak boleh simpan. Lambat-laun bau juga sampai sini." Farhan tertawa sinis.

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang