Makanan sarapan sudah tersedia di atas, mama memangil mereka turun ke bawah untuk makan bersama. Mereka turun dengan segera dan Zureen menolong mama menghidangkan apa yang patut. Semua sudah berada di meja kecuali Najwa, dia masih lagi bersiap. Alat solekan sudah dikemaskan agar tampak kemas. Buku-buku telah dimasukkan ke dalam beg galas sepintas lalu membetulkan kemasan tudung dan baju lalu segera turun ke bawah.
"Sorry, sorry." maaf Wawa lalu duduk di sebelah mama.
"Kau apa pasal tak balik rumah?. Orang call, mesej tak reply." tanya Farhan dengan menyuap makanan ke dalam mulut.
"Orang tidur rumah Yuni lah semalam, buat assignment lagipun bateri habis. Kenapa ada orang datang ke?."
"Clishe lah jawapan kau!." perli abangnya lalu Wawa menjeling.
"Ada, Abang Aysar." senyum Zureen lalu Farhan memandang wajah Zura dengan rasa cemburu dan dia mengusap-usap lengan kiri Farhan sambil senyum.
"Ala, yeke. Melepas lah macam ni." muncung Wawa dan mereka hanya tertawa.
"Wawa dengan Aysar last year kan?." tanya papa lalu kepala Wawa mengangguk tanda betul dari persoalan papa.
"Cepat habis, nanti tolong aunty Jasmine." kata Farhan.
"Bukan lah, cepat habis cepat kahwin!." senyum-senyum malu Wawa.
"Ee gatal eh Wawa!. Dengan siapa?. Abang Aysar?." sakat Zureen dan Wawa hanya tersenyum tersipu malu.
"Aysar dah berpunya!. Padan muka kau!." jeling Farhan.
"Mana abang tahu?!. Dia pernah tunjuk ke?!." wajah Wawa bertukar cemburu.
"Sudah lah tu!. Makan cepat!." kata papa dan mereka segera menghabiskan sisa-sisa makanan di pinggan masing-masing.
Radio dikuatkan wajah Farhan agak gembira berbanding sebelum ini, Zureen pekakkan telinga sambil melihat pemandangan di luar. Terlintas dalam fikiran Zureen untuk Farhan menceritakan tentang siapakah Aunty Jasmine. Mahu berbalas mesej bersama Hilya tetapi telefonnya telah dirampas oleh Farhan. Sekarang ini susah untuk dia bermain telefon sejak kejadian dia hampir tertawa berbalas mesej dengan seseorang walaupun Hilya.
"Memang tak nak aku bahagia langsung mamat ni!." bisik hati kecilnya sambil menjeling namun Farhan sedar dengan jelingan itu dan dia hanya tersenyum sahaja.
Setiap kali mereka ke pejabat, Farhan memastikan dia memimpin tangan Zureen sehingga sudah berada di hadapan biliknya. Ketika dia melepaskan tangan Zureen, sebelum dia melangkah masuk ke bilik dia memanggil semula isterinya dan Zureen melihat dengan senyuman yang dibuat-buat. Farhan mengeluarkan telefon Zureen dari poket baju kot lalu diberikan kepada Zureen untuk menghilangkan rasa bosan.
Kening Zureen berkerut teragak-agak mahu mengambil telefon di tangan Farhan, dan dia tidak mengambil telefon nya itu lalu berpaling masuk ke dalam bilik. Dia dapat rasai permainan Farhan, lalu tersenyum. Apabila Zureen mengambil telefon di tangan Farhan sudah tentu dia tidak akan melepaskan tangan nya dari di ambil oleh Zureen.
Pada ketika Farhan menyiapkan kertas kerja yang berlambak di atas meja, dia mendapat panggilan daripada Hilya lalu dia segera memanggil Zureen untuk masuk ke dalam biliknya menggunakan telefon pejabat dan Zureen akur dengan arahan daripada Farhan. Pintu diketuk lalu dia menolak pintu itu dan segera masuk kemudian pintu ditutup semula sebaik sahaja dia memasuki bilik.
"Ada apa?." tanya Zureen sambil berdiri di hadapan Farhan.
"Duduk lah." arah Farhan.
"It's okay. Apa dia?."

YOU ARE READING
Renungan Rindu
Romantik𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...