Selepas mereka menunaikan solat fardhu subuh, Zureen dan Insyirah menyiapkan sarapan dan boleh makan bersama sebelum berangkat pergi ke pejabat. Makanan serta pinggan mangkuk telah tersedia di atas meja makan. Aroma masakan bihun goreng, membuatkan mereka segera menuju ke bawah untuk bersarapan.
Beg bagasi mereka sudah diletakkan di dalam bonet kereta tidak lupa juga sebuah kotak yang berisi hadiah daripada Haziq.
Zureen menyalam dan memeluk emaknya dengan erat selepas ini, dia dan Farhan akan terus tinggal di rumah keluarga mertuanya. Perjanjian antara Syafiq dan Farhan, supaya membawa Zureen pulang ke rumah keluarganya sebulan sekali dan akan sentiasa menjaga keselamatan serta kesihatan Zureen dengan baik.
Rumah Haziq disinggahi untuk memulangkan semula hadiah-hadiah yang telah diberikan dari Haziq. Kereta di parking berhadapan rumah Haziq dan menunggu Haziq keluar dari rumah.
Dia keluar ketika Zureen melihat pintu pagar dibuka secara automatik. Butang bonet kereta di bawah kusyen pemandu di tarik dan Farhan dan bonet itu terbuka dengan sendiri. Zureen mengangkat kotak itu dan berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah Haziq tanpa rasa malu dan takut lalu diletakkan kotak tersebut di hadapan Haziq.
"Eh, awak. Kenapa tak cakap nak datang?."
"Waalaikumussalam. Kalau saya cakap nak datang sekalipun, mesti awak dah siap pasang khemah, wedding kita.. kan?." perli Zureen dalam sopan.
"Awak ni kenapa?. Kalau awak marah saya sekalipun, janganlah nak perli saya!." sentap Haziq dengan kata-kata pedas dari Zureen sedangkan Farhan keluar dari kereta kerana tidak sedap hati.
"No!. Saya tak perli. Tu. Ambil balik hadiah awak, saya tak nak. If dua-dua tak nak, bakar je lah. Takut kena hisap pulak." dan ketika berpaling arah belum sempat Haziq mahu menarik tangan Zureen, Farhan sempat menghalang perbuatan itu.
"Cakap guna mulut brother, bukan tangan." geram Farhan lalu menarik Zureen ke belakangnya.
"Ouh ni lah suami pak sanggup tu. Macam ni lah, aku ada request."
"Aku pun."
"Ceraikan dia dan aku boleh jaga dia lagi baik dari kau."
"Haziq!. Jangan merepek boleh tak?!." jerit Zura.
"Cerai?. Kau ingat isteri aku bola?. No. Aku tak akan ceraikan dia."
"Kenapa?. Kau dah sayang dia?."
"Sayang dengan perbuatan bro." jawab Farhan dengan wajah yang agak cool dan Zureen melihat Farhan dengan terkedu.
"Saya rela!." kata Zureen dan terkejut Farhan melihat Zureen di belakang tubuhnya.
"Rela apa sayang?." tanya Haziq dengan penuh berharap.
"Saya rela lepaskan awak walaupun perit!." katanya lalu segera masuk ke dalam kereta milik Farhan begitu juga dengan Farhan. Haziq lari mengejar mereka dari belakang sambil memanggil-manggil nama Zureen tetapi mengendahkan panggilan itu.
10 minit kemudian, akhirnya mereka sampai juga ke pejabat. Mereka tetap berlari walaupun sudah tercungap-cungap sambil memimpin tangan masing-masing. Sebelum menarik tombol pintu, mereka berdua membetulkan pakaian mereka dan mengesat peluh di dahi dan segera melangkah masuk. Terlihat Tengku Hussain sedang berbual mengenai tentang kerja kepada salah seorang pekerja disitu dan dia menoleh ke arah Farhan dan Zureen yang baru sahaja memasuki ruangan pejabat.
"Kenapa lambat?." tanya Tengku Hussain dengan tegas.
"Tadi..." tidak menyempat Zureen menghabiskan percakapannya Farhan mencelah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Renungan Rindu
Dragoste𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...