𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚
ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ.
Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...
TIBA di airport, suasana di situ agak sibuk seperti biasa. Ada yang berlari anak mengejar penerbangan mereka, ada yang menemani orang yang tersayang hingga penerbangan mereka dipanggil dan ada juga sudah selamat sampai ke tanah air.
Pedal brek kaki ditekan serta menarik brek tangan bagi memberhentikan kereta di dalam petak kuning. Butang tali pinggang keselamatan dilepaskan. Tangan kanan Farhan masih mencengkam pada stereng kereta di jam 5. Fikiran terus ke malam semalam.
"Kenapa malam semalam..."
"Pasal malam semalam, saya nak minta maaf. Saya terpanggil awak dengan panggilan tu."
"Kenapa minta maaf pulak?"
"Panggilan tu, daripada panggilan manja saya dekat Haziq. Jangan risaulah, nama dia takkan singgah lagi dalam hati saya."
"Sekarang, dalam hati awak ada siapa?" renungan tajam Farhan menunjukkan Farhan benar-benar serius dan memaksudkan kata-katanya tadi.
Zureen tersentak dengan soalan Farhan. Lantas dia menukar topik perbualan. Dia berdehem kecil.
"Jomlah! Kesian Hilya dengan housemate dia, tunggu kita lama sangat! Jom!" senyumnya segera menggantung beg tepi dibahunya dan keluar dari kereta.
Rancak Hilya berborak bersama Marissa Alayna, housemate paling rajin katanya. Mata Hilya ternampak bayang-bayang Zureen diekori suaminya di belakang sedang menuju ke arah mereka seraya mengheret beg bagasi milik Zureen. Hilya memeluk tubuh. Muncung bibir Hilya menunggu Zureen, seperti menantikan kedatangan VVIP pula.
"Assalamualaikum kawan baikku!" duduk dikerusi sebelah kiri Hilya lalu peluk tepi dengan erat.
"Waalaikumussalam. Ni ke Puan Zureen?" soal Marissa terpingga-pingga.
"Alololo merajuk pula dia ni! Dah, jangan jadi budak kecil!" melepaskan pelukannya.
"Jomlah pergi. Nanti sembang panjang, habuk pun tak ada." pelawa si Marissa lalu bangun dari duduk.
"Aku setuju! Jangan nak berdrama lagi ya?" selamba Hilya lalu mengekori Marissa diikuti Zureen dari belakang di samping membawa beg bagasi masing-masing.
PINTU dikuak perlahan. Mulut diikuti mata terbuka luas dek kerana tergamam melihat persekitaran bilik mereka. Bukan itu sahaja, kebersihan di bilik itu memang terjaga. Setiap sudut dihirup bauan wangi dengan wangian yang istimewa. Bilik itu memilih warna beige sebagai warna lembut dan merah bagi menaikkan lagi seri warna. Terdapat 2 buah katil disediakan. Karpet beige bercorak bunga menghiaskan lagi ruangan tersebut. Sofa melengkung mengikut reka bentuk tingkap supaya memudahkan pelanggan menikmati pemandangan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.