BAB 41

75 14 0
                                        

DURRAH menjejakkan kaki ke syarikat TH Company. Seperti biasa, mahu berjumpa Farhan. Secara tidak sengaja tertampak Zureen menerima jambangan bunga dari pekerja kaunter.

Berkerut dahinya. Dia berfikir sejenak.

Mengapa Farhan tidak menghulurkan dengan tangannya sendiri? Lebih baik bertanya pada pekerja kaunter. Mungkin dari situ dia mendapat banyak maklumat.

Tika Durrah menghampiri mereka, rakan sebelah Amanda memberi isyarat siku sebagai tanda Durrah sedang menuju ke arahnya. Amanda dengan sekilas pandang berpura-pura sibuk menguruskan kerja.

"Excuse me. Boleh i tanya something?" Durrah melulu bersoal.

"Nak tanya apa Cik Durrah?" Jawab Amanda.

"Bunga yang perempuan itu dapat, dari siapa?"

"Erm, saya tak tahulah Cik Durrah." Jawab Amanda.

Amanda sentiasa ingat akan nasihat Zureen. Jikalau sesiapa yang bertanya tentang bunga, katakan saja yang benar. Tidak perlu berbohong. Dan, dilarang memetik nama sesiapa sahaja yang terlintas dalam fikiran untuk menutup kebohongan ini.

"Tak tahu? Okey, i akan check sendiri." Durrah beredar.

Benar mahupun tidak apa yang diperkatakan Amanda, tidak menghairankannya. Dia boleh saja terus bertanya pada Farhan.

DEK Farhan menaiki keretanya sendiri, dia tiba di pejabat terlebih dahulu dan Zureen kemudian. Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari pihak hospital tentang keadaan pak cik yang hampir melanggar Zureen tempoh hari. Jadi dia bergegas ke sana.

Zureen keluar bilik kerana ingin meminta pertolongan Durga lalu terlihat Farhan kelam-kabut keluar bilik dan pantas berjalan ke lif. Terlintas di fikiran untuk bertanya Durga.

"Durga. Awak tahu tak Tengku Farhan pergi mana?" Soal Zureen yang inginkan jawapan.

"Saya rasa, Tengku Farhan pergi hospital." Jawab Durga.

Zureen tersentak. "Hospital? Siapa sakit?"

"Yang itu, saya tak tahu." Durga menyambung kerjanya semula.

Perbualan mereka terhenti di situ. Pandangan tertumpu pada satu sudut saja.

PINTU lif dibuka. Mata tertancap pada Farhan di dalam lif itu. Durrah menarik lengan Farhan yang meluru keluar lif. Farhan menepis.

"Jangan ikut aku, aku tak ada masa!" Tegas Farhan dan berlalu pergi.

Durrah berdecit sambil buat muka. "Macamlah aku nak control dia." Durrah berkata sendirian.

Pandangan beralih pada 3 pengawai berseragam polis di kaunter dan menuju ke lif. Jika pengawai SPRM mungkin sudah biasa dilihat. Syarikat besar begini tidak terlepas dari melakukan rasuah. Akan tetapi, jenayah dan siapakah pelakunya yang polis hendak tangkap? Durrah menunggu jawapan di lobi.

UNTUK mengesahkan identiti pesakit, Zureen harus ekori Farhan. Namun, terbantut pabila beberapa pengawai polis menyapanya.

"Pn. Zureen Erina. Sila ikut kami untuk memberikan keterangan bagi kes penculikan 4 bulan lepas." Maklum Insp. Anaqi.

Zureen mengangguk tanda memberi kerjasama dan mengizinkannya mengambil beg tangan dalam bilik. Kemudian Zureen akan diekori 2 pengawai polis dibelakang hingga ke bawah.

Tibanya di lobi, terbuntang mata dan terlopong mulut Durrah melihat pelakunya.

"What? Dasar perempuan banduan." Durrah senyum sinis.

*****

SETELAH berpuas hati dengan parkir, Farhan berlari laju ke dalam hospital. Doa beserta tawakal disematkan dalam hati. Tidak berpeluang untuk dia bertanya khabar.

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang