BAB 27

85 12 0
                                        

Dalam perjalanan ke tempat kerja, pandangannya hanya di hadapan dan telinga didengari dengan alunan muzik yang rancak di samping menghadap kesesakan lalu lintas. Di jalan bertentangan dalam sebuah kereta, seorang wanita di seart belakang lingkungan 40-an termenung melihat pemandangan. Ketika dia melihat kereta berjenama Volkswagen Passat R-Line berwarna shining grey, dia terjaga dari termenung dan mengingati kerana berjenama itu adalah kereta anaknya. Tingkap bahagiannya di ketuk kuat dan meronta-ronta seperti meminta pertolongan, namun lelaki itu tidak sedar akan perbuatan mak cik bersama pembantunya di dalam. Penjaga di sebelahnya menahan perbuatan wanita itu lantas dia mengeluarkan jarum suntikan serta ubat penenang. Sewaktu Farhan bertukar pandangan ke arah tingkap bahagiannya, mak cik itu sudah pun rebah tatkala mereka memberikan suntikan ubat penenang dan pandangannya ke hadapan kembali. Wanita yang berusia itu hanya melihat kereta itu pergi, dan tidak mampu berbuat apa-apa. Perbuatan mak cik itu tidak disedari oleh Farhan yang sudah leka dengan alunan muzik rancak.

Pakaian yang tidak terlalu menjolok mata dikemaskan ke tubuhnya, beg tangan diambil dari katil dan segera menuju ke kereta. Dari cermin besar di bilik hingga dalam perjalanan, senyuman yang penuh makna itu membuatkan dia semangat untuk dia berjumpa Farhan dan bawa keluar makan tengahari. Mencari dan mendail nombor Farhan dan pada ketika itu Farhan baru sahaja keluar dari kereta setelah dia meletakkan kenderaan di tempat nya lalu terpaksa menjawab panggilan Durrah melalui earpod.

"Assalamualaikum, kau nak pagi-pagi ni Durrah?."

"Waalaikumussalam bab..." belum sempat dia memanggil Farhan dengan panggilan manja, Farhan terus mencelah.

"Please jangan panggil aku macam tu lagi." berjalan menuju ke lift.

"I tahu, u mesti luluh kan bila i panggil macam tu.*

"No, and kau jangan datang office. Aku ada kerja dekat luar."

"Kalau susah-susah sangat, i boleh je teman u."

"Aku kerja, bukan nak cari skandal." putuskan panggilan disaat pintu lift dibuka.

"It's okay, Durrah next time okay. Banyak lagi masa ni, orang dekat rumah tu tak habis-habis suruh singgah cafe. Ish, cafe pun cafe lah!." jelingnya di cermin melihat belakang yang berada di atas kepalanya.

Sedang menyiapkan kertas kerja, fikiran terus terlintas pada masakan ibunya lalu telefon di kanannya dilihat dan dicapai. Terus dia membuka aplikasi whatsapp bagi memberitahu kepada keluarganya akan tetapi, alangkah baiknya dia tidak memberitahu supaya boleh dijadikan kejutan buat mereka dan membatalkan hasrat itu.

Tepat jam 11:00 pagi, Farhan segera keluar tanpa pengetahuan dan keizinan papa serta Zureen. Pintu bilik Farhan diketuk dan ternyata dia tiada di dalam bilik, lalu Zureen bertanya kepada pekerja yang berdekatan bilik Tengku Farhan namun tiada siapa yang tahu tentang keberadaan Farhan. Dia sudah mencuba membuat panggilan serta mesej dan 1 pun tidak terbalas. Fikirannya mula berfikir, ke mana dia pergi sewaktu bekerja dan mengapa dia tidak memberitahu kepada papa atau dirinya.

Berjalan balik ke bilik dengan berfikir sejenak dan terus menuju ke tingkap melihat pemandangan kemudian dia mencuba membuat panggilan buat kali yang terakhir. Earpod berada di telinga kanan diketuk menandakan menerima dan menjawab panggilan ketika Farhan sedang memandu.

"Apa hal Eman?."

"Kau dekat mana?."

"Aku tengah drive."

"Aku dah tanya orang tu, dia kata saksi dah kena bunuh." lantas Farhan memberhentikan kereta di tepi jalan.

"Huh?. Kena bunuh. Habis tu, macam mana?."

Renungan RinduTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang