BAB 22

78 11 0
                                    

Almari dibuka untuk menggantung baju-baju yang sudah dibasuh lalu menyimpan di dalamnya dan sementara menunggu Farhan selesai menggunakan bilik air. Telefon pintar milik Zureen berdering, dia mencapai dan segera menjawab panggilan itu.

"Hello." sapa Zureen sambil menyusun baju-baju milik Farhan.

"Hello. Assalamualaikum beb!." kata Hilya.

"Ya, waalaikumussalam. Ha, ada apa?."

"Jadi tak lunch dengan aku?."

"Sorry beb, aku kena jumpa Haziq lah."

"Kenapa?. Dia ada buat apa-apa dekat kau ke?."

"Tak, tak. Bukan macam itu, semalam dia call. Dia ajak jumpa aku. Katanya nak cakap benda penting. Aku tak sure lah pasal apa."

"Suami kau tahu tak?."

"Tu lah masalahnya. Kalau aku bagitahu, confirm dia tak bagi. Kau tolong aku beb."

"Tolong apa?."

"Tolong temankan aku jumpa Haziq, kau jangan bagitahu Farhan." merayu Zureen, ketika itu Farhan sudah keluar dari tandas dan dia terdengar perbualan mereka. Kehadiran Farhan di hadapan matanya membuatkan dia terkejut.

"Beb, aku call kau balik." katanya dan segera meletakkan telefon.

"Bila awak nak jumpa dia?." tanya Farhan dengan wajah ketat.

"Jumpa siapa?." tanya Zureen kembali dan berpura-pura tidak tahu.

"Nak jumpa Haziq kan?. Bila and dekat mana?."

"Time lunch. Nanti dia send location."

"Saya ikut."

"Awak. Sorry, tak bagitahu awak."

"Dengan syarat."

"Apa?."

"Where you want to go, with whomever. Please tell me."

"Ok, saya bagitahu. Awak marah ke?."

"Nampak saya tengah marah ke?." soalnya kembali, Zureen senyum sambil menggelengkan kepala tanda tidak.

"Tak, saya turun dulu." jawab perlahan.

"Kalau rasa nak diri tu kena peluk, stay. Kalau tak nak, pergi je lah." senyum gatalnya mulai kelihatan. Dia berhenti di hadapan tanpa memandang cermin meja solek, Farhan tersenyum melihat reaksi wajah Zureen di cermin yang malu dan segera meninggalkan Farhan keseorangan di bilik.

Sebelum Aysar pulang ke kolejnya, dia mahu singgah ke suatu tempat. Farhan tidak dapat menghantar Aysar tetapi dia boleh menaiki grab yang telah ditempah awal. Mereka doakan Aysar pulang dengan selamat dan semoga maju jaya dalam pelajaran pada tahun terakhir ini.

Dalam perjalanan ke pejabat, wajah Farhan kembali tegang kerana dia tumpukan sepenuh perhatian ketika memandu. Disebelah kiri Farhan, Zureen sedang bergosip bersama Hilya tentang Haziq dan Farhan. Tersenyum Zureen ketika bergosip, kadangkala hampir ketawa besar dan Farhan segera merampas telefonnya lalu di masukkan ke dalam poket baju kotnya. Zureen mencuba berhenti ketawa namun gagal, dan melihat pemandangan di tepi tingkap.

Enjin kereta dimatikan tali pinggang di lepaskan, dan segera keluar dari kereta. Tingkap kereta di bahagiannya menjadi tempat cermin untuk Zureen membetulkan awning tudung dan kelabuhan tudung hingga paras dada. Dia memandang ke belakang melihat Zureen yang masih lagi membetulkan tudungnya lalu dia segera menarik tangannya sehinggakan Zureen berlari anak untuk mengekori Farhan dari belakang.

Renungan RinduWhere stories live. Discover now